Baru-baru ini ZARA telah memperkenalkan logo baru mereka yang telah direka semula oleh agensi Baron & Baron. Rekaan terbaru logo itu diberikan wajah baru menggantikan reka bentuk lama dengan menambahkan lengkungan pada huruf “Z” dan “R” manakala perkataan ZARA pula dirapatkan berbanding rekaan sebelum ini  di mana perkataan ZARA tersebut yang dijarakkan.

Logo baru ini dihasilkan semula untuk menggantikan logo lama ZARA yang dikatakan tidak semua orang menyukainya kerana kelihatan yang paling buruk yang pernah dilihat sedangkan jenama-jenama yang lain bersaing untuk menjadikan logo jenama mereka menjadi “meme”.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Logo ZARA yang terbaru ini menerapkan konsep pilihan font serif yang menjadikan logo tersebut kelihatan lebih menarik daripada logo sebelum ini.