Seorang peniaga tampil memberi penjelasan selepas dikecam oleh warganet kerana didakwa mengambil kesempatan terhadap isu ‘Justice for Zara’.

Hal ini kerana tular di TikTok yang memperlihatkan peniaga terbabit menggeluarkan sejumlah produk termasuk keychain, baju dan pelekat kereta yang berlabel dengan solidariti buat adik Zara.

@gift_printingsabahan

Ikhlas dari Gift Printing🄹

♬ JUSTICE FOR ZARA QAIRINA – Song Of Norsalim Ali

Oleh itu, sebahagian netizen mula menyoal jika dia sudah mendapatkan kebenaran dari keluarga Allayarham Zara Qairina Mahathir untuk berbuat sedemikian.

Tidak gelabah dengan segala tohmahan yang diterima, peniaga terbabit telah menjelaskan bahawa yang dia telah pun mendapat kebenaran ibu Allahyarham Zara iaitu Noraidah Lamat.

“Alhamdulillah, dapat kebenaran daripada ibu Zara. Terima kasih ibu Zara. Mohon semua yang dapat dan beli (barang) doakan Zara mendapat keadilan,” tulis peniaga itu.

Penjelasan lanjut menyatakan bahawa keychain khas yang dihasilkan adalah untuk tujuan pengedaran percuma. Ia akan diberikan kepada peserta himpunan solidariti Zara yang dijadualkan berlangsung di Beaufort, Sabah pada 16 Ogos.

“Mulanya ku buat untuk bagi percuma. Setakat ini ada dalam 20 keping sudah ku bagi kawan-kawan.

“100 keping aku bagi orang yang datang solidariti di Beaufort nanti… bagi free. Tapi aku mampu bagi free 100 keping saja.

“Kemudian kawan-kawan yang jauh mahu juga, sanggup beli. Jadi aku jual harga seadanya. RM2.50 saja ku jual. Harga modal saja. Selain keychain, ada sticker untuk kereta dan baju. Lillahitaala tiada niat ambil kesempatan atau ambil untung.

“”Tiba-tiba ramai mahu sebab mahu buat kenangan, tanda bersama-sama dengan arwah adik Zara,” jelasnya.

Dalam satu hantaran lain, dia turut mendedahkan yang dirinya tidak akan menambah stok terbabit sam sekali selepas semua stok habis terjual.