Berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum memasuki tahun baharu dan nampaknya harinya telah tiba dimana orang ramai khususnya golongan Bumiputera yang melabur dalam ASB dibawah PNB menantikan dividen.
Baru sahaja diumumkan sebentar tadi secara rasmi menerusi Twitter @ASNBmy_official, dividen ASB pada tahun ini diumumkan dengan agihan 5.1 sen seunit terdiri daripada pendapatan 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit serta bonus tambahan sebanyak 0.50 sen seunit.
Baca Juga:
- Pulangan Pelaburan ASB Terendah, Masih Relevan Atau Kita Perlukan Instrumen Pelaburan Lain
- 9 Perkara Tentang Pandangan Bank Dunia Terhadap Ekonomi Malaysia
ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan 3.35 sen seunit, bonus 1.25 sen seunit dan Bonus Tambahan 0.50 sen seunit untuk 30,000 unit pertama untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022. pic.twitter.com/jwBazZnKbr
— ASNB (@ASNBmy_official) December 22, 2022
Berikut dikongsikan rekod dividen ASB sepanjang tahun 2011 sehingga 2021. Dapat dilihat dividen yang diterima pada tahun ini adalah sedikit tinggi berbanding pada tahun lalu.
Pengumuman dividen yang diumumkan pihak ASNB telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen. Terdapat netizen yang berpuas hati dengan dividen yang diumumkan. Tidak kurang juga yang sedikit kecewa khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB.
okay lah naik sikit buat ghaso ghaso https://t.co/DExif5AkKq
— fatin (@fatinnadia__) December 22, 2022
Sahih! Alhamdulillah simpan cara ASBF dengan ilmu strategy coaching lebih menguntungkan.
X setuju takpa, setiap orang pemahaman berbeza, tapi kalau dah tahu ASBF dengan strategi tak buat awal2 memang rugi.Grateful. Experience it. Share https://t.co/4qjGF9acDJ
— #ASWA (@ainu_shahada) December 22, 2022
Murung lah cenggini 😫 https://t.co/sN34lPvthv
— 1stNameKhai (@1stnamekhai) December 22, 2022
Syukurrrr alhamdullilah. Not bad la https://t.co/ygRE6zCLuu
— Muhammad Nazmi (@nazmigendutt) December 22, 2022
Buat para pelabur ASB khususnya mereka yang membuat pembiayaan ASB, adakah anda berpuas hati dengan dividen yang diterima? Kongsikan bersama kami pendapat anda mengenai dividen ASB yang baru sahaja diumumkan ini.