Sebelum ini Syamsul Yusof menolak untuk menceraikan isteri pertama, selepas ibunya mengeluarkan kenyataan memintanya melepaskan Puteri Sarah Liyana.

Hari ini beliau mengulas mengenai keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes cerai pada Isnin depan, Syamsul berkata, dia reda dengan apa sahaja yang bakal berlaku, lapor Berita Harian.

Baca Juga:

“Insya-Allah, saya cuba reda dengan apa sahaja, mudah-mudahan begitu juga dengan Puteri Sarah.

“Saya pun tidak mahu mengeluarkan kenyataan melukakan hati Puteri Sarah lagi. Harap boleh selesai dengan baik,” katanya.

Mahkamah Rendah Syariah di sini menetapkan tarikh baharu pada 8 Mei bagi sebutan kes tuntutan nusyuz difailkan oleh Syamsul Yusof, 39, terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah, 38.

Syamsul ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais berkata, ia berikutan Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja di luar negara.

“Hari ini adalah sebutan nusyuz, tetapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana ada urusan di luar negara.

“Saya tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

Sumber Gambar: Berita Harian

Dalam masa sama, Syamsul juga memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat rakan-rakannya menghadapi kemelut rumah tangga.

“Doakan yang terbaik bukan untuk saya sahaja, tetapi rakan-rakan artis lain sebab kita nampak ia jadi satu ‘trend’.

“Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka. Inilah realiti.

“Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.

Sumber