Nampaknya Marvel Studios memang melakukan ékspérimentasi untuk setiap karya yang akan datang. ‘Doctor Strange and the Multiverse of Madness’ merupakan filem kedua untuk Doctor Strange ianya bakal menjadi filem seram pertama Marvel Cinematic Universe (MCU).
Pengarah Doctor Strange, Scott Derrickson berkata Strange akan berada dalam keadaan yang berada dark dan penuh misteri dalam filem keduannya. Yang pasti, treatment filem ini nanti akan lebih menyeramkan, berbeza dengan filemnya yang pertama.

It’s true, it wasn’t a dream. Elizabeth Olsen will star in Doctor Strange in the Multiverse of Madness alongside Benedict Cumberbatch. The movie ties directly with the events of WandaVision. pic.twitter.com/XO1dpftMqZ
— alias (@itsjustanx) July 21, 2019
Benedict Cumberbatch akan ditemani Elizabeth Olsen (Scarlet Witch) dalam filem ini nanti. Kuasa Scarlet Witch sangat sesuai untuk disatukan dalam filem kedua Doctor Strange ini.
Filem Doctor Strange akan dijadualkan berada di pawagam pada 7 Mei 2021, selepas siri Disney+ WandaVision yang akan dibintangi Elizabeth Olsen. Dilaporkan siri WandaVision juga akan berkait rapat dengan filem Doctor Strange 2.
Doctor Strange In the Multiverse of Madness is already my favorite movie. Marvel’s first horror film lead by Benedict Cumberbatch and Elizabeth Olsen. Now imagine if on top of that, they cast Keanu Reeves as Nightmare. The excellence. pic.twitter.com/8I9yQHfXTl
— alias (@itsjustanx) July 22, 2019
Penjahat utama yang diangkat bakal muncul dalam ‘Doctor Strange and the Multiverse of Madness’ adalah Nightmare. Dalam siri komik, Nightmare adalah penjahat pertama yang Doctor Strange perlu tumpaskan dan kedua-dua watak ini muncul buat kali pertama dalam komik Marvel ‘Strange Tales #110’.
A mere 56 years ago this month, Doctor Strange was first conjured in the pages of Strange Tales #110. #flashbackfriday pic.twitter.com/C1bEf61BvL
— Stan Lee (@TheRealStanLee) July 5, 2019
Ianya masih belum pasti sama ada watak Nightmare ini akan berada dalam Doctor Strange 2 atau pun tidak. Masih ingat Keanu Reeves? Beliau tidak tidak memegang mana-mana watak dalam MCU dan ada peminat yang melihat Keanu sebagai wakil terbaik untuk memegang watak Nightmare. Anda setuju?