Tindakan seorang doktor yang mendakwa bahawa perempuan ‘memang diciptakan banyak bercakap’ nampaknya tidak boleh diterima oleh sesetengah pengguna maya, terutamanya golongan wanita.
Dalam satu hantaran di laman Twitter miliknya, Dr. Samhan menceritakan tentang seorang pesakit wanita yang berada dalam tekanan. Kemudian Dr. Samhan mengatakan bahawa antara cara untuk hilangkan tekanan adalah dengan meluahkan apa yang terpendam.
Bagi beliau, tekanan perlu dialir keluar dari badan agar ia tidak melarat dan memberi kesan kepada manusia.
Mereka memang dicipta untuk bercakap dan kita dicipta untuk melengkapi mereka.
Happy wife,happy life!
Kongsikan pada orang lain sebab rupanya masih ramai suami diluar sana yang sukar nak faham isteri dan enggan dengar luahan perasaan isteri.
— Dr Samhan (@DoktorSamhan) July 3, 2022
“Mengikut kajian, wanita perlu berbicara dianggarkan 25,000 patah kata sehari berbanding lelaki hanya 7,000 perkataan sahaja.
“Nasihat saya pada suami, pinjamkan telinga dan bahu kalian. Biarkan mereka berbicara dan habiskan kouta patah perkataan dengan tenang,” katanya.
Beliau kemudian menyambung, “Mereka memang dicipta untuk bercakap dan kita dicipta untuk melengkapi mereka.”
Tindakan Dr. Samhan melabel wanita memang diciptakan untuk bercakap nampaknya tidak dapat diterima oleh sesetengah wanita. Mereka juga menyangkal kertas kajian yang dinyatakan oleh Dr. Samhan.
Dalam satu ciapan balas, seorang pengguna maya dengan nama Dalila Atiqah menyangkal dakwaan Dr. Samhan. Kata Dalila, beliau kecewa dengan dakwaan Dr. Samhan yang memberi fakta yang terpesong.
Sangat mengecewakan bila seorang yang digelar doktor tapi bagi ‘fakta’ camni.
Lepastu stereotype wanita cakap ‘mereka memang dicipta untuk bercakap’.
Harap lepasni check dulu ‘kajian’ yang kita nak hebahkan dan konklusi yg kita buat pic.twitter.com/q0Cwsjadtv
— Dalila (@DalilaAtiqah) July 3, 2022
Beliau yang meminta Dr. Samhan untuk menyemak semula dakwaannya turut memuat naik satu lagi kajian yang mendakwa bahawa lelaki dan perempuan sebenarnya bercakap dalam jumlah yang sama.
Dalam kajian tersebut, ia menyatakan bahawa lelaki dan perempuan menggunakan jumlah perkataan yang hampir sama setiap hari iaitu 16,215 untuk perempuan manakala 15,669 untuk lelaki.
Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan orang yang bersetuju dengan Dr. Samhan. Kata mereka kebanyakan lelaki kurang bercakap kerana mereka lebih suka memendam dan menganggap apa yang nak diperkatakan itu hanyalah sesuatu yang remeh.
Selain itu terdapat juga sebahagian wanita yang mengakui bahawa mereka memang kuat bercakap, manakala pasangan mereka pula lebih banyak diam atau mendengar apa yang diperkatakan oleh mereka.
Hm best lah if your future partner jenis faham. https://t.co/0W1SDkgBA0
— Semperit Manis (@SemperitManis) July 4, 2022
Setuju! Hahahahah selalunya kalau kuota aku tak cukup, aku membebel di Twitter ni je. 😝 https://t.co/0eW3jtEIv8
— ecah (@norashmsdn) July 4, 2022
https://twitter.com/Crynaux/status/1543799800503476226
Wajah seiras tanda jodoh, doktor rungkai fakta mengapa wajah kita mirip pasangan. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.
Wajah Seiras Tanda Jodoh, Doktor Rungkai Fakta Mengapa Wajah Kita Mirip Pasangan
Adakah Kopi Mampu Kurangkan Risiko Jangkitan COVID-19? Ini Penjelasan Saintis