Seorang doktor berkongsi kesan buruk yang boleh dialami oleh wanita sekiranya mereka terlalu kerap meminum kopi.
Menerusi laman TikTok miliknya, Dr Aen Ramli menegaskan pengambilan 100mg kafein boleh menyebabkan seseorang kehilangan sekitar 6mg kalsium.
Baca Juga:
- ‘Dah Tiga Hari Tiada Air’ – Doktor Gigi Kongsi Realiti Bekerja Hospital Di Sabah

- Kedai Kopi Dapat Review Negatif Ekoran Polisi Hanya Terima Pembayaran ‘Cashless’

- ‘Keras Hidup Sekarang’ – Pelanggan Terkedu Lihat Servis ‘Tarik’ Kopi Kena Caj 70 Sen

Kopi sememangnya menjadi pilihan untuk masyarakat menghilangkan rasa mengantuk terutamanya pada waktu pagi.

Kesan Buruk Kerap Minum Kopi Untuk Wanita
Akan tetapi, dalam kalangan masyarakat ada yang tidak sedar mereka meminum kopi secara berlebihan dan ini boleh mendatangkan mudarat kepada badan.
Dr Aen menjelaskan bahawa wanita yang terlalu kerap meminum kopi berisiko tinggi mengalami osteoporosis.
Osteoporosis adalah keadaan di mana tulang menjadi lemah dan rapuh, yang selalunya lebih kerap terjadi dalam kalangan wanita.
Menurut Dr Aen, kaum wanita disarankan untuk menambah pengambilan kalsium dalam diet setiap hari.

Beliau juga menerangkan bahawa wanita berusia 50 tahun ke bawah perlu mengambil kalsium sebanyak 1,000mg setiap hari.
@draenbebel Break The Taboo 18: Additional take on coffee fans. Ingat eh, jangan semua benda nak fragile. Marilah kita cukupkan kalsium kita 🤣 #draenbebel #coffeedrinker #calcium #breakthetaboo #osteoporosis
♬ original sound – Dr Aen | Let’s Bebel – Dr Aen | Let’s Bebel
Di samping itu, pengambilan vitamin D yang secukupnya juga penting bagi mengurangkan risiko osteoporosis apabila tubuh badan lebih cekap menyerap kalsium.