Semalam tular berita yang mana Presiden Amerika Syarikat terkini, iaitu Donald Trump mengarahkan pendedahan dokumen kerajaan berkaitan pembunuhan Presiden John F. Kennedy(JFK).

Namun apa yang mencuri perhatian rakyat Malaysia di media sosial adalah di mana pendedahan terbaharu daripada dinyahklafikasikan oleh Agensi Perisikan Pusat (CIA) telah membongkar kewujudan dua pejabat lapangan CIA di Malaysia, yang berpusat di Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak.

Kuala Lumpur
Sumber Gambar:X

Pendedahan ini menunjukkan bahawa pejabat-pejabat di Malaysia itu adalah sebahagian daripada jaringan global CIA yang merangkumi 84 negara, yang terbahagi kepada lima bahagian.

Cia
Sumber Gambar: X

Dokumen-dokumen ini hanyalah sebahagian daripada ribuan fail yang berkaitan tentang pembunuhan Presiden John F. Kennedy.

Rupanya ada lebih 13,000 terbitan dokumen berkaitan pembunuhan JFK

Pada 17 Disember 2022, kerajaan Amerika Syarikat telah menerbitkan 13,173 dokumen yang berkaitan dengan pembunuhan Presiden John F. Kennedy (JFK).

Walau bagaimanapun, beberapa dokumen masih dikekalkan sebagai rahsia atas sebab-sebab keselamatan negara.

Pada 11 Februari 2025, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) telah mengeluarkan ribuan dokumen tambahan yang sebelum ini dirahsiakan, yang juga berkaitan dengan pembunuhan JFK.

Arahan khas dari Perdana Menteri AS ke-47

cia
Sumber Gambar: Politco

Pendedahan dokumen-dokumen ini adalah hasil daripada arahan eksekutif yang ditandatangani oleh bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang mengarahkan pendedahan semua fail yang berkaitan dengan insiden pembunuhan tersebut.

Penemuan lokasi Pejabat Medan CIA di Malaysia memberikan pemahaman yang baharu mengenai operasi perisikan agensi tersebut di rantau ini.

Walaupun butiran terperinci mengenai operasi dan fungsi khusus pejabat-pejabat CIA di Malaysia tidak didedahkan sepenuhnya, kewujudan mereka menandakan kepentingan strategik Malaysia dalam rangkaian perisikan global CIA.

Dokumen-dokumen yang dinyahklasifikasikan memberikan bukti visual mengenai lokasi dan peranan Pejabat Medan CIA di Malaysia.

Meskipun sesetengah maklumat telah dipadamkan atas faktor keselamatan, pendedahan ini memberikan gambaran yang lebih jelas tentang aktiviti perisikan Amerika Syarikat di Malaysia pada masa lalu.

Cucu JFK tidak bersetuju

Masa maklumat sulit ini dilepaskan secara rasmi telah mendapat kritikan daripada cucu Kennedy, Jack Schlossberg.

Dalam siaran di X, Schlossberg berkata pentadbiran Trump tidak memaklumkan ahli keluarga sebelum rekod itu didedahkan kepada umum.