Kumpulan wanita popular, Dolla tenang dengan isu yang melibatkan artis baharu SMDX, di mana ada ahlinya yang menyatakan dia tak kenal Dolla.

Elle Thong dari SMDX sebelum ini dianggap angkuh ketika dia menjawab soalan tentang Dolla. Di mana dia menyatakan bahawa dia memang tak kenal dengan siapa itu Dolla?

Sabronzo Dolla memberitahu wartawan bahawa isu itu tidak harus diperbesarkan. Kerana Dolla sendiri tahu bahawa bukan semua orang kenal dengan Dolla.

Dipetik daripada Media Hiburan, Sabronzo berkata: “Kalau ada yang tak kenal, tak mengapa. Bagi pihak Dolla, saya merasakan tidak mengapalah. Kami pun tidak menjangkakan yang semua orang kena kenal kami.

“Kami juga sedar yang Dolla masih belum mencapai tahap dikenali di seluruh pelusuk Malaysia.

“Jadi, kalau ada yang tak kenal, tak mengapa. Kami akan terus berkarya menerusi lagu dan mencipta kandung-kandungan menarik.

@mediahiburanofficial

Grup wanita popular, Dolla tidak mahu memperbesarkan isu yang tercetus membabitkan salah seorang anggota kumpulan baharu iaitu SMDX, Elle Thong. Ia susulan kenyataan Elle menerusi sesi siaran langsung di TikTok yang antara lain mendakwa dia tidak mengenali Dolla ketika menjawab pertanyaan menerusi aplikasi sosial itu. Mewakili Dolla, Sabronzo menegaskan mereka kini sedang berusaha untuk mengukuhkan jenama mereka di Malaysia dan antarabangsa.#MHnews #MediaHiburan #FYP

♬ original sound – Media Hiburan – Media Hiburan

“Dengan adanya konsert ini juga, kami berharap yang Dolla akan dapat mencapai lebih banyak peminat.”

Sabronzo tidak mahu perkara seperti ini membuatkan peminat berbalah.

Seorang lagi anggota Dolla, Tabby menyatakan bahawa perkara seperti itu adalah perkara biasa untuk pendatang baharu dalam industri seni.

Tabby merujuk kepada kritikan ke atas Elle Thong yang dianggap tidak bagus dalam menjawab soalan wartawan dan peminat.

‘Baru Keluar Satu Lagi Remix Dah Berlagak’, Netizen Kecam Elle SMDX Kerana ‘Attitude’ Kelaut

Tabby menambah: “Kami berharap pada masa hadapan nanti, mereka akan lebih banyak belajar. Selamat maju jaya buat kerjaya mereka.

“Seperti yang kami selalu katakan, Dolla akan sentiasa menyokong kumpulan-kumpulan baharu. Tak mengapa, kesilapan biasa berlaku.

“Apapun, kami hormat sahaja pandangan semua pihak. Mereka berhak berikan pendapat,” katanya lagi.