Donald Trump kini bekerja keras untuk menyelamatkan TikTok selepas mendapati bahawa dia sebenarnya menjadi ‘juara’ di kalangan pengguna TikTok yang terdiri daripada pengguna generasi muda dan belia.

Trump difahamkan bahawa aplikasi itu telah banyak membantunya menang dalam pilihanraya presiden yang lalu.

Presiden yang dipilih itu telah bagkit menghidupkan semula kedudukannya sebelum ini dan berikrar untuk ‘menyelamatkan TikTok’ menjelang penutupan yang dijadualkan pada 19 Januari.

Aplikasi itu akan diharamkan di seluruh negara AS selepas pemilik ByteDance yang berpangkalan di Beijing tidak mengendahkan kata dua diberikan Joe Biden yang menggesa untuk penjualannya.

Donald Trump Buat U-Turn, Kini Bekerja Keras Mahu Selamatkan TikTok Daripada Diharamkan Di Amerika Syarikat

Biden menjadi Presiden menandatangani undang-undang tahun lalu yang membuat tuntutan untuk menangani kebimbangan Jabatan Kehakiman platform itu terdedah kepada pengintip China dan potensi menjadi senjata media sosial untuk propaganda Beijing.

Walaupun Trump sebelum ini menyokong larangan itu, dia kini mempertimbangkan perintah eksekutif sebaik sahaja memegang jawatan yang akan menggantung perintah itu selama 60 hingga 90 hari, lapor Washington Post.

Sumber memberitahu outlet itu bahawa Trump kini terdesak mahu memastikan TikTok diselamatkan daripada lenyap di AS.

“Mengapa saya mahu membuang TikTok?” kata Trump dalam siaran Truth Social bulan ini.

Perubahan hatinya dilaporkan disebabkan oleh jumlah besar sokongan yang diperolehnya untuk kempen Rumah Putihnya. Di mana pasukan media sosial Trump berjaya meraih lebih 4 billion tontonan di platform tersebut. Mengatasi megastar Taylor Swift dan saingan politik Kamala Harris.

Justeru, Donald Trump kini berjuang untuk menyelamatkan TikTok selepas mengetahui betapa aplikasi itu memberi manfaat kepadanya semasa pilihan raya. Dia menggunakan Gen-Z Republikan seperti Jack Fuetterer untuk membantu meningkatkan lagi sokongan daripada generasi muda kepadanya.

Semasa pilihan raya, dia menggunakan banyak pengikut dalam talian yang terdiri daripada golongan muda Republikan.

Antara November 2023 dan Mei 2024, terdapat dua kali ganda kandungan pro-trump pada aplikasi itu berbanding pro-Biden, menurut semakan dalaman yang dilaporkan oleh Puck.

Akaun Trump telah dibentuk pada bulan Jun dan mencecah tiga juta pengikut dalam masa 24 jam sahaja dan hari ini mempunyai 14 juta.

Semasa kempennya, dia dibantu oleh Jack Fuetterrer berusia 22 tahun yang digelar ‘TikTok Jack’ yang merakam rakaman untuk dimuat naik ke platform.

Kem Trump malah semakin kreatif berkempen dengan TikTok.

Orang kanannya Dillon Renfro ditugaskan untuk menyelusuri aplikasi itu untuk mengetahui gelmbang yang sangat tinggi boleh dicapai oleh pasukan Trump, lapor Deseret News.

“Platform TikTok berada di tempat istimewa dalam hati saya,” kata Trump bulan lalu.

Ini telah dibuktikan dengan fakta bahawa Ketua Pegawai Eksekutif TikTok Shou Zi Chew telah dijemput untuk menghadiri majlis pelantikannya pada hari Isnin depan.

Sementara itu, Joe Biden dilaporkan tidak akan mendesak pengharaman TikTok itu sebelum dia meninggalkan pejabat presiden.

Mahkamah Agung sedang menimbang cabaran oleh TikTok terhadap larangan itu, namun ia dijangka membenarkannya diteruskan.

Pakar undang-undang telah menimbulkan keraguan sama ada perintah eksekutif akan mencukupi untuk membatalkan perintah itu, yang diluluskan oleh Kongres dengan sokongan luar biasa daripada dua parti.

Namun buat masa ini, TikTok sedang menuju kepada pengharamannya. Pengguna atau pihak yang melanggar syarat ini boleh dikenakan denda $5,000 bagi setiap pengguna yang mengakses TikTok.

Ahad ini adalah tarikh akhir bagi syarikat induk TikTok, Bytedance, untuk menjual asetnya di Amerika Syarikat atau aplikasi itu akan diharamkan terus daripada kedai aplikasi AS kerana kebimbangan mengenai pautan aplikasi itu kepada kerajaan komunis China.

Di bawah larangan itu, rakyat Amerika masih boleh menggunakan aplikasi itu tetapi muat turun baharu akan disekat dan perisiannya perlahan-lahan akan merosot dari semasa ke semasa kerana kekurangan kemas kini.

Sumber mendedahkan Rabu bahawa TikTok mengancam untuk menutup aplikasinya untuk pengguna AS Ahad ini jika larangan persekutuan berkuat kuasa. Bermakna penggguna sedia ada tidak akan dapat akses langsung ke TikTok.