Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat Apple semakin dibuli di China sekaligus menjejaskan jumlah keuntungan Apple. Isu melibatkan pengharaman penjualan model iPhone terdahulu serta beberapa isu lain antara yang membuatkan syarikat ini gagal menguasai pasaran China yang mempunyai potensi pengguna yang tinggi.
Berdasarkan isu yang berlaku, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini turut terpanggil untuk mengulas lanjut mengenai kejatuhan harga saham Apple. Berdasarkan kenyataan Trump, beliau menyarankan Apple untuk membuka kilang di Amerika Syarikat.
TRUMP: "Don't forget. Apple makes their products in China. I told Tim Cook, a friend of mine, make your product in the US. Build those big, beautiful plants that go on for miles. Build those plants in the US. I like that even better…China is the biggest beneficiary of Apple." pic.twitter.com/tNK6OZVeDo
— Aaron Rupar (@atrupar) January 4, 2019
Trump turut menyuarakan pendapat beliau dimana beliau kurang berkenan dengan idea Apple yang menghasilkan iPhone dan iPad di China dimana negara tersebut banyak memberi masalah buat Apple.
Untuk pengetahuan, ulasan Trump mengenai Apple dan China ini merujuk kepada perang ekonomi yang berlaku diantara Amerika Syarikat dan China dimana Apple seolah menjadi mangsa disebalik isu pelanggaran paten.
Setakat ini nilai syarikat telahpun menjunam dengan teruk dimana syarikat mereka yang dinilai pada kadar $1 trilion beberapa bulan lalu kini dinilai pada kadar $674 bilion. Setakat ini masih belum diketahui adakah Apple akan mengikut saranan Donald Trump atau sebaliknya.
Baca lagi: Tonton Penjelasan Tim Cook Tentang Mengapa Apple Dipasang Di China
#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.