Pernah menjawat jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat dari tahun 2017 sehingga awal 2021, Donald Trump selaku individu berpengaruh di Amerika Syarikat mengumumkan cita-citanya untuk menjadi presiden sekali lagi.
Dilaporkan hasrat Donald Trump untuk menjadi presiden disebabkan beliau berpendapat negara Amerika Syarikat dalam keadaan mundur baik dari segi ekonomi mahupun kebajikan rakyat di bawah kepimpinan Joe Biden.
Baca Juga:
- 5 Tip Penting Yang Anak Muda Perlu Tahu Sebelum Beli Rumah Pertama
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
Sehubungan degan itu, beliau mahu memastikan Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat sedia ada tidak lagi menjawat jawatan tersebut selama lagi empat tahun.
BREAKING: 🇺🇸 Donald Trump to run for president in 2024.
— Watcher.Guru (@WatcherGuru) November 16, 2022
Pengumuman awal Donald Trump dalam pilihan raya yang bakal berlangsung pastinya bakal memberi tekanan buat Joe Biden yang merupakan seteru beliau dalam pilihan raya presiden bagi tahun 2020.
Untuk pengetahuan, ini Donald Trump sebelum ini turut mendedahkan beliau ‘menang’ dalam pilihan raya presiden bagi tahun 2020 meskipun meraih undi yang lebih rendah berbanding Joe Biden.
https://www.youtube.com/watch?v=SYo9y8UuoO4