Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, De Akmal Saleh ‘mengamuk’ selepas Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) gagal menyediakan kerusi dan meja untuk murid-murid di salah sebuah sekolah agama.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman TikTok beliau baru-baru ini, Akmal hadir ke sekolah berkenaan bagi meninjau keadaan semasa selepas memperoleh aduan ekoran ketiadaan keperluan asas yang diperlukan oleh murid.

Baca Juga:

Dalam video tersebut, ADUN Merlimau itu menjelaskan bajet sudahpun diluluskan pada akhir tahun lalu untuk JAIM membeli kerusi dan meja tetapi sehingga kini mereka gagal berbuat demikian.

Difahamkan seorang wakil daripada JAIM menjelaskan perolehan dari bahagian kewangan kerajaan negeri tidak diperolehi sehingga kini.

@drakmalsaleh

Tidak boleh saya terima apabila anak2 kita terpaksa belajar di lantai akibat tiada meja & kerusi Bila mana proses birokrasi menyusahkan rakyat inilah akibatnya #drakmalsaleh

♬ The Champion – Lux-Inspira

“Setahu saya peruntukan sudah dapat akhir tahun lepas lagi, kenapa sampai sekarang tidak dapat lagi peruntukan untuk membeli kelengkapan ini. Kesian anak-anak, ustaz tak kesian ke tengok anak-anak ni.

“Nak ambil masa berapa bulan lagi, ini sudah bulan lima. Kalau peruntukan tidak dapat lagi saya tahu la, ini sudah lama dapat,” kata Dr Akmal dalam video tersebut.

Menurut Akmal, sistem birokrasi yang diamalkan dalam JAIM menjadi masalah utama mengapa kelengkapan tersebut tidak dapat disediakan dan akhirnya beliau memutuskan untuk membeli sendiri meja dan kerusi bagi kegunaan murid untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dengan selesa.

Pada akhir video, Akmal memberitahu wakil JAIM yang hadir sekiranya tidak boleh berkhidmat untuk rakyat negeri Melaka, maka beliau boleh balik ke negeri asal.

Tindakan ini nyata mendapat pujian dari netizen yang mahukan agensi kerajaan lain agar lebih cepat dalam perkara yang melibatkan keperluan rakyat dan menggesa agar sistem birokrasi segera dihapuskan.