Bekas isteri kepada Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah yang lebih popular dengan nama Dr Fie, terkejut dan terkilan tindakan bekas suaminya yang tidak hadir ke prosiding mahkamah hari ini.
Menurutnya, tindakan Nubhan itu akan merumitkan lagi keadaan, ketika dia sedang berusaha untuk menyelesaikan isu penjagaan anak dengan segera.
Hal ini kerana, sesi persekolahan anak anak mereka sudah semakin hampir, dan anak mereka masih tiada tempat tinggal.
Dr Fie berkata: “Saya harap dia akan hadir ke prosiding akan datang. Beri kerjasama sebab saya nak cepatkan urusan demi anak anak yang nak bersekolah, kami tiada tempat tinggal, buku sekolah anak lagi.”
Dipetik dari sumber mStar, Dr Fie mendedahkan bahawa dia sudah cuba memaklumkan kepada Nubhan tentang isu berkaitan kebajikan anak mereka termasuk maklumat keperluan persekolahan, namun tiada respon.
“Saya dah panjangkan kepadanya tentang maklumat keperluan persekolahan. Dan tanya, buku dah beli ke belum, baju sekolah anak dah beli? Namun tiada respon,” tambahnya lagi.
Peguam yang mewakili Dr Fie, menyatakana bahawa proses prosiding hari ini sepatutna dihadiri kedua dua pihak bagi membolehkan perbincangan harmorni berjalan.
“Proses sulh sudah dijalankan hari ini. Pegawai Sulh sudah mendengar keterangan plaintif berkenaan isu ini sewaktu prosiding – yang sepatutnya dihadiri kedua dua pihak,” kata peguam.
Tambahnya lagi: “Sebab itu yang dianjurkan Islam, yang terbaik untuk berbincang.”
Oleh kerana tindakan Nubhan yang tidak hadir ke mahkamah, maka matlamat sulh itu masih gagal dicapai.
Peguam yang mewakili Dr Fie turut kesal kerana Nubhan boleh sahaja menghantar peguam syarie yang mewakilinya untuk hadir jika dia tidak dapat hadir.