Sedar atau tidak, jumlah kes positif COVID-19 di negara kita semakin meningkat setiap hari dengan jumlah kes baru sudah pun mencecah angka 4,000 pada semalam.
Menerusi perkongsian yang dibuat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes baru pada semalam adalah sebanyak 4,029 dengan Selangor menjadi penyumbang terbesar sebanyak 1,466 kes.

Terkejut dengan pengumuman angka kes baru yang dicatatkan, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mereka di media sosial sejak semalam.
Tidak turut terkecuali adalah Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham yang turut berkongsikan nasihatnya bersama masyarakat di beberapa akaun media sosialnya mengenai keadaan semasa COVID-19 dalam negara.
“Sudah tiba masanya untuk kita mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.
“Jika tidak, ianya tidak mengejutkan untuk melihat semua negeri menjadi zon merah dalam negara selepas ini,” tulisnya di Twitter dan Facebook.
Time to take this MCO seriously, otherwise in no time it is not surprisingly to see all red zone states in our country pic.twitter.com/uj6XQIVTxs
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 16, 2021
Dr Noor Hisham juga di akaun Twitter-nya dilihat mengulang ciap pendapat seorang netizen mengenai kebimbangan kemungkinan hospital tidak mampu lagi menampung kapasiti pesakit seperti yang berlaku di luar negara.
Walaupun tidak memberikan sebarang komen, namun ulang ciap (retweet) daripada beliau itu sudah pastinya akan mengingatkan orang ramai di negara ini untuk terus mengamalkan SOP bagi mengelakkan kebimbangan berkenaan benar-benar berlaku.
Perdana menteri sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan PKP di enam buah negeri termasuk ulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Melaka, Johor dan Sabah selama 14 hari bermula 13 Januari lalu.
Selang beberapa hari, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula kemudiannya mengumumkan PKP akan turut dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan dan daerah Sibu berikutan peningkatan mendadak di kedua-dua kawasan.
Baca juga perkembangan semasa COVID-19 dalam dan luar negara yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.
3,000 Sukarelawan Diperlukan Untuk Ujian Vaksin COVID-19 Di Malaysia
Saintis Di China Beri Amaran, Pandemik Tahun Ini Diramal Lebih Buruk Daripada Tahun 2020
Isu Kedai Makan Tutup Jam 8 Malam, Netizen Minta Kerajaan Buat Perubahan