Adakah anda masih ingat dengan doktor muda yang sasa ini? Dia pernah menjadi isu viral kerana kekacakkannya sehingga ramai pesakit wanita yang mengandung mahu doktor ini menyambut kelahiran anak mereka.
Dia ialah Dr. Shazril Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Dr. Say. Bekerja sepenuh masa sebagai doktor hospital kerajaan, Dr. Say turut dikenali dalam dunia badan dan permodelan.
Dalam artikel ini, saya akan menyentuh sisi lain Dr. Say yang mungkin anda tidak tahu iaitu penyertaannya dalam bidang bina badan.
Ahli Bina Badan
Kehadirannya di venue kejohanan bina badan sering mengamatkan lagi suasana pertandingan kerana dia bukan sekadar penonton tetapi sebagai peserta.
Walaupun Dr. Say bukanlah atlet bina badan sepenuh masa, dia tetap berjaya merangkul pelbagai kejuaraan dan gelaran dalam arena ini. Ini kerana meskipun sibuk bertugas di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, dia tetap konsisten dengan rutin bina badan.
Sukan ini boleh dianggap sebagai hobi dan salah satu cara untuk mengekalkan tahap kesihatan dan bentuk badannya. Maka, dia pandai mengurus waktu agar seimbang kerjaya dan hobinya ini. Malah, dia turut dilantik menjadi duta produk bina badan tempatan.
Keadaan ini membuatkan dia menjadi lebih berdisiplin dalam kehidupan sehariannya. Dia turut bertekad untuk membuktikan penyertaannya dalam kejohanan lebih baik berbanding pada tahun-tahun sebelumnya.
Peserta Kejohanan
Pada Ahad lalu, Dr. Say telah menyertai satu kejohanan bina badan bertaraf antarabangsa iaitu Men of Steel 2017 di HGH Convention Centre di Sentul, Kuala Lumpur.
Bertanding dalam kategori Mens Physique Above 170cm, dia perlu bersaing dengan 50 orang peserta antarabangsa bagi merebut status juara bagi kategori tersebut.
Persaingan menjadi semakin sengit apabila bilangan peserta semakin berkurangan selepas ditapis oleh juri. Daripada 50 orang kepada 20 orang, kemudian 10 orang dan akhirnya Top 5.
Keputusan kejohanan meninggalkan satu detik manis dalam hidup Dr. Say apabila dia berjaya memenangi tempat ke-2 dibelakang Chris.
Kemenangan ini membawa erti yang amat besar kepadanya kerana kejohanan ini tahap peringkat antarabangsa dan boleh dianggap lebih kompetitif berbanding kejohanan-kejohanan sebelumnya.
Lebih membanggakan, pesaing Dr. Say terdiri daripada ramai nama-nama besar bina badan yang berasal dari negara Eropah dan Asia. Dan itu semua bukanlah penghalang baginya untuk meraih pingat perak.
Berkat usaha gigih berlatih dan memiliki mental yang kental dalam menangani tekanan membuatkan dia berjaya melakukan setiap pose dengan jayanya.
Makna Kemenangan
Dr. Say gembira dengan kemenangan di kejohanan yang terbaru ini. Kemenangannya ini membuktikan kepada orang ramai bahawa seseorang yang bekerjaya bidang lain dan tidak sepenuh masa sebagai atlet bina badan juga boleh sukses walaupun ada kekangan masa dan tanggungjawab lain.
Kejayaan ini juga boleh memberi inspirasi kepada mereka di luar sana bahawa nothing is impossible jika anda be consistent and persistent.
Untuk menjadi seperti Dr. Say, anda mesti memiliki 3P ini, iaitu 3P Passionate, Persistent dan Patience. Jika anda memiliki ketiga-tiga elemen tersebut, inshaAllah anda mampu lakukan seperti apa yang telah dia buktikan kepada anda semua.
Bagi anda yang mahu membina badan sehingga berketak dan berotot sasa, Dr. Say menyebut untuk membuat badan perlu mengorbankan masa, tenaga dan wang.
Tetapi hasilnya adalah lumayan kerana anda akan menjadi lebih yakin berketrampilan di samping memiliki badan yang sihat dan bentuk badan yang mantap.
Catatan ini adalah berdasarkan cerita adik saya yang bertemu dengan Dr. Say selepas kejohanan itu. Antara pesanan Dr. Say yang dikongsikan kepada adik saya ialah:
Perlu rajin bertanya kepada orang yang lebih pakar dalam bidang senaman dan amalkan pemakanan yang betul kerana jika malu bertanya atau ada ego tinggi, ada kemungkinan hasil bina badan tidak memberangsangkan dan bakal membuatkan rasa mahu berhenti separuh jalan.