Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil menjelaskan sebab, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan untuk tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini.
Menurut Dr Wan Azizah, negara Malaysia perlu berhemat dalam mengurus kos dan membuat persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, termasuk kemungkinan kenaikan harga minyak dunia.
Baca Juga:
- Penutupan Selat Hormuz: ‘Harga Petrol BUDI95 Boleh Bertahan Hingga 2 Bulan Lagi’ – Anwar Ibrahim

- Ozil Dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Bincang Tentang Ummah, Gaza Dan Bola Sepak

- Anwar Ibrahim Duduki Tangga ‘Top 10’ Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Dunia 2026

Langkah sedemikian diambil kerana Malaysia sebuah negara perdagangan yang terdedah kepada perubahan ekonomi dan pasaran global, petik Berita Harian.
“Kita adalah negara perdagangan, jadi kita perlu berhati-hati supaya keadaan ini tidak memudaratkan ekonomi kita,” katanya hari ini ketika diminta mengulas keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tidak mengadakan rumah terbuka Aidilfitri pada tahun ini.