Kehadiran pelbagai platform media sosial telah membuka peluang kepada para pengguna untuk menjana pendapatan dengan gift atau donation menerusi live streaming. Tetapi apa pula hukum buat wanita yang berbuat sedemikian daripada pandangan Islam?

Menerusi perkongsian Dr. Zulkifli, beliau sedia menjawab persoalan berhubung wanita yang melakukan livestreaming dan hukum memberi atau menerima derma daripada pengguna lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Sinar Harian

Beliau menyatakan bahawa perbuatan tersebut banyak mendedahkan pelbagai andaian, sangkaan serta gambaran-gambaran dalam pemikiran seseorang yang melihatnya. Sebagaimana yang disebut oleh al-Syatibi Rahimahullah dan lain lagi, boleh membawa kepada banyak mudarat.

Hal ini kerana wanita merupakan hamba Allah SWT yang dimuliakan dalam Islam dan diangkat kedudukannya sebagai saudara-saudara kepada lelaki.

Tambah beliau lagi, walaupun jika gambar atau video yang dimuat naik telah dihadkan tontonannya kepada hanya yang mahram atau dalam kalangan sejantina, namun masih terdapat kemungkinan gambar itu tersebar sehingga menjadi tontonan ajnabi.

Justeru itu, sebagai langkah berjaga-jaga (ihtiyat) dan menghindarkan diri daripada fitnah, setiap orang perlu menapis setiap gambar dan perbuatan yang akan dipertontonkan kepada orang ramai. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA, Rasulullah SAW bersabda:

لَا ‌تُبَاشِرُ‌ المَرْأَةُ ‌المَرْأَةَ، ‌فَتَنْعَتَهَا ‌لِزَوْجِهَا ‌كَأَنَّهُ ‌يَنْظُرُ ‌إِلَيْهَا

Maksudnya: “Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain, lalu wanita lain itu menceritakan kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihat wanita yang diceritakannya.”

Jadi, beliau mengsyorkan agar ubah konten daripada mempromosikan diri sama ada baik atau kurang baik maka ia tetap mempunyai pandangan dan persepsi yang pelbagai.

Beliau mendapati banyak konten-konten yang lebih menarik seperti perbuatan bakeri, kek, pemandangan yang menarik luar dan dalam negara, ilmu dan pengetahuan serta kebolehan tertentu yang mungkin dapat diketengahkan.

Konklusinya, wanita yang melakukan live streaming dinasihatkan agar menukar topik konten yang lebih bermanfaat dan bukannya bersembang dengan yang bukan mahram seperti yang berlaku pada ketika ini.