Pengasas KK Mart dan isterinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan sengaja melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Chai Kee Kan, 57, dan Loh Siew Mui,53, yang juga pengarah syarikat itu membuat pengakuan berkenaan selepas pertuduhan dibacakan di depan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mereka didakwa mengikut Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga setahun, atau denda, atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka berniat dengan sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

‘Kami Mohon Maaf, Tolong Jangan Boikot KK Mart’ – Pengasas

Pendakwaan dikendalikan Masri Mohd Daud manakala Chai dan Loh diwakili Rajpal Singh.

Sementara itu, Rajpal memohon ikat jamin RM5,000 yang disifatkan mencukupi bagi memastikan anak guamnya hadir ke mahkamah.

“Anak guam saya adalah ketua dalam syarikat itu dan dia mempunyai 5,000 kakitangan dengan 810 cawangan di seluruh negara juga di Nepal, India dan Brunei.

“Beliau aktif dengan pertubuhan bukan kerajaan dan seorang dermawan.Saya percaya tiada sebab untuk beliau melarikan diri,” katanya.

KK Mart Saman Xin Jian Chang Lebih RM32 Juta, Ini Sebabnya

Sementara itu, tiga pengarah Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd juga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan bersubahat melukakan perasaan agama orang lain dengan membekalkan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Mart.

Memetik FMT, kesemua tertuduh yang juga anak-beranak iaitu Soh Chin Huat, 61, isterinya, Goh Li Huay, 62, dan anak mereka Soh Hui San, 36, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa bersubahat sengaja melukakan perasaan agama orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan yang dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Bandar Sunway, pada jam 6.30 pagi, 13 Mac lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pendakwaan diketuai Masri Mohd Daud manakala tertuduh diwakili peguam Lau Yi Leong.

Muhamad Anas membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap seorang dan menetapkan 29 April depan sebagai sebutan semula kes.