Sebagai individu beragama Islam, pelawak, Shuib menyatakan tidak akan berkompromi berhubung isu penjualan stoking tertera kalimah Allah di kedai serbaneka KK Super Mart yang tular baru-baru ini.

Menurut Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, kecuaian sehingga menyentuh sensitiviti agama tidak seharusnya berlaku dalam mana-mana bidang perniagaan.

Baca Juga:

Sumber Gambar: Kosmo

“Sebagai seorang umat Islam saya aku terkesan dan perkara sebegitu tak sepatutnya berlaku dalam mana-mana bentuk perniagaan atau pun situasi.

“Kita akan marah sebab kalimah Allah ini benda yang terlalu besar. Kalau benar, saya tidak akan menyokong, saya tak akan mengiyakan langsung sebab ini tanggungjawab saya sebagai seorang umat Islam,” katanya yang juga merupakan duta KK Mart.

“Saya memang marah ketika isu ini tercetus sebab tidak sepatutnya berlaku. Perkara yang terjadi itu sangat keji, ini yang saya boleh cakap.

“Apa pun, isu ini masih belum selesai dan siasatan masih dijalankan, jadi saya tidak boleh ulas lanjut kerana melibatkan perniagaan dan juga sensitiviti orang lain.

“Saya akan teguh berdiri sebagai seorang umat Islam yang tidak akan sesekali menyokong sesuatu perkara salah,” ujarnya.

Dia yang juga bekas ahli kumpulan Sepahtu mengakui sedia melepaskan tanggungjawabnya sebagai duta sekiranya kedai serbaneka itu terbukti bersalah kelak.

“Saya sentiasa percaya pada konsep rezeki. Jika memang tiada rezeki saya maka tiadalah dan sebaliknya.

“Tetapi macam mana pun saya tetap kena meletakkan prinsip bahawa saya adalah seorang Islam,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial tentang kewujudan stoking tertera kalimah Allah S.W.T yang dijual secara terbuka di kedai serbanek KK Supermart.

Selepas ditekan teruk oleh rakyat Malaysia, barulah pihak KK Supermart telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas penjualan stokin berjenama MIRANOSOCK.

Pada ketika ini, siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa berhubung penghasilan produk yang dianggap biadab dan sengaja mencetuskan provokasi terhadap institusi agama.

Sumber