Selepas Train to Busan, kini drama All of Us Are Dead jadi bualan ramai. Drama bersiri All of Us Are Dead itu mengetengahkan tentang penularan wabak yang menukarkan individu terjangkiti menjadi zombie.

Lantaran itu, ada seorang pengguna Twitter @awnsmrdn telah bertanya kepada Dr. Zulkifli sama ada individu muslim yang menjadi zombie disebabkan penularan virus dikira mati syahid.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Oleh itu, Dr. Zulkifli memberi respon dimana hanya mengatakan risau dengan pertanyaan yang diutarakan oleh wanita tersebut dan terlalu jauh pemikirannya. Malah, belum ada sebarang jawapan berkaitan soalan yang ditanya oleh wanita itu.

Pertanyaan dan respon tersebut mencuri tumpuan orang ramai. Rata-rata netizen berasa terhibur dengan soalan yang diutarakan dan mengatakan wanita itu berfikir dari luar kotak.

https://twitter.com/azwinaathirah/status/1491569819891683329

Malah, segelintir netizen juga berfikir sama dengan wanita tersebut menantikan jawapan daripada Dr. Zulkifli dan ada netizen yang tolong jawab bagi pihak Dr. Zulkifli dengan berkongsi hadis berkaitan mati syahid.

Sementara itu, ini rahsia zombie dalam drama All of Us Are Dead nampak sempura gerakannya. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Ini Rahsia Pergerakan ‘Sempurna’ Watak Zombie Dalam Siri All Of Us Are Dead

Kerana Gayakan Tudung Warna Hijau, Gadis Ini Jadi Mangsa Gangguan Seksual Segelintir Pengguna TikTok

Kongsi ‘Review’ Menginap Selama 46 Malam Di Hard Rock Hotel, Netizen Tercengang Bila Kira Kos Penginapan