Pada hujung minggu baru-baru ini telah berlangsungnya acara tahunan perhimpunan RXZ besar-besaran di pantai timur. Ramai rider berkonvoi menuju ke acara itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa insiden kemalangan menyebabkan rider maut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Salah satunya terakam pada video yang dirakam sendiri oleh mangsa. Kejadian motosikal dirempuh lori dari belakang berlaku di Kilometer (KM) 159.6 LPT 1, di Kuantan, Pahang.

Menerusi video yang dikongsikan semula oleh X.com @MALAYSIAVIRALLL, seorang lelaki sedang merakam melalui kawasan lebuh raya sebelum sebuah lori merempuh mangsa.

Menurut portal Majoriti, ketika kejadian mangsa sedang membuat live. Pada ketika itu kelihatan lori terbabit berada di lorong kanan sebelum tiba-tiba berada di belakang mangsa.

Insiden itu membuatkan warganet mempertikai mengapa pemandu lori tidak nampak penunggang motosikal tersebut.

Sedangkan dari jauh lagi pengguna lebuh raya pada ketika itu dapat melihat mangsa dengan jelas.

Bagaimanapun warganet turut menegur tindakan mangsa menggunakan telefon ketika membawa motosikal kerana ia adalah satu kesalahan.

Pada masa sama warganet menasihati penunggang motosikal untuk berhati-hati semasa berada di atas jalan kerana besi pembahagi dan penghadang jalan berisiko tinggi boleh mendatangkan kecederaan parah.

Dalam pada itu, mangsa, Mohammad Sharfie Sukri, 21, merupakan pembantu jualan dan berasal dari Sabah. Beliau juga merupakan seorang sukarelawan yang terlibat dalam kerja kebajikan bersama sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Semporna Prihatin.

Beliau dalam perjalanan ke RXZ Fighter Gathering dengan menaiki Yamaha Y15,  bergesel dengan sebuah lori jenis Scania. Mangsa tercampak ke atas jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian pada pukul 8.20 pagi.