Selepas berjaya memperoleh dana USD7 juta (RM32.19 juta) untuk pembiayaan Series A mereka, Lennise Ng, Haslinda Rasip, dan Aizat Rahim, pengasas bersama untuk Dropee memperoleh satu lagi ‘kemenangan’ apabila berjaya meraih undi sebulat suara dan melepasi Sesi Pemilihan Lokal (LSP) Endeavor Malaysia dan Endeavor Filipina.

Sejak diasaskan pada 2017, Dropee kini merupakan satu jenama business-2 business (B2B) wholesale SaaS-enabled marketplace yang pantas berkembang di Asia Tenggara terutamanya di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Baca Juga:

Apa yang dahulunya bermula dengan memberi solusi untuk perniagaan keluarga, Dropee kini telah membantu lebih 30,000 perniagaan dengan lebih 100,000 produk borong disenaraikan di laman web mereka.

Dropee bekerjasama dengan ribuan rakan niaga; dari pemborong hingga pengedar untuk memberi peruncit tempatan pengalaman baharu dalam menguruskan inventori mereka dengan lebih baik, pantas dan murah.

Dengan feature baharu mereka, Dropee sedang melihat peluang untuk membantu para Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dengan menyediakan on-ground activation teams, membantu para peniaga PKS untuk menerima pakai solusi digital, di mana para peniaga PKS dapat memanjangkan terma kredit mereka sehingga 60 hari tanpa dokumentasi salinan keras.

https://www.instagram.com/p/ChJ_oRsJ0Ag/

Ini bagi membenarkan para peniaga PKS mengambil peluang yang ada untuk membuat pelaburan di kawasan yang betul bagi merancakkan lagi jualan perniagaan; antaranya membeli lebih banyak produk yang popular dan laku.

“Kami bermula dengan drop-shipping pada tahun 2017 dan kemudiannya memfokuskan kepada jualan B2B. Cabaran yang kami hadapi kini berbeza dan meningkat saban waktu. Kami kini melihat kepada kadar pengekalan (retention rates) pelanggan dan bagaimana Dropee dapat membantu merendahkan kos operasi dan meningkatkan usia perniagaan.

Dengan melepasi Pemilihan Panel Lokal ini dan dengan bantuan para mentor Endeavor, kami berharap untuk mendapat jalan penyelesaian yang lebih baik dalam bisnes kami ketika kami mahu berkembang dengan lebih besar dan kuat,” komen Lennise Ng, pengasas bersama Dropee.

Dropee menjadi startup kedua negara yang dipilih untuk memasuki program berprestij Silicon Valley, Y Combinator. Panel Pemilihan Lokal dibarisi para individu yang hebat di Malaysia dan Filipina iaitu Rexy Dorado (Co-founder & Presiden di Kumu), Raja Hamzah (Co-Founder dan Co-Managing Partner di RHL Ventures), Billy Valtos (Managing Director di Tao Corporation) dan Ferish Patel (Partner di Cooley LLP).

“Apa yang Dropee sedang lakukan sangat strategik; dengan menggandakan usaha mereka dan memfokuskan pasaran tempatan terlebih dahulu sebelum melebarkan sayap ke pasaran serantau. Ia memberikan mereka kelebihan untuk menjadi ‘leader’ dalam industri yang mereka ceburi kerana ia membolehkan mereka mendapat pelanggan setia terlebih dahulu.

“Selagi mereka dapat mencari rakan niaga yang betul di luar, saya percaya dengan sokongan Endeavor, Dropee dapat berkembang menjadi pemain B2B SaaS tersohor secara lokal dan global,” kata Raja Hamzah.