Ketika negaranya memerlukan inspirasi daripadanya, Lionel Messi sentiasa sedia untuk memberikannya. Itulah kisah pemain yang kerap digelar GOAT oleh peminat bola sepak.
Kali ini Messi melakukan 2 assist yang membantu negaranya meterbalikkan skor 0-1 menjadi 2-1 pada 5 minit terakhir perlawanan.
🇦🇷 Lionel Messi | POTM vs England:
🅰️ 2 – Assists
🥅 1 – Shot
🪄 4 – Chances created
🤤 9 – Completed dribbles
🏹 3 – Accurate crosses
⭐️ 8.90 – WhoScored rating pic.twitter.com/BFsyXC1qHL— WhoScored (@WhoScored) July 15, 2026
Impian England untuk menamatkan penantian menjulang Piala Dunia sekali lagi musnah dengan cara yang cukup menyakitkan apabila tewas 2-1 kepada Argentina dalam aksi separuh akhir di Atlanta.
Juara bertahan, Argentina bangkit daripada ketinggalan sebelum menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan untuk menempah pertemuan dengan Sepanyol di pentas final.
England terlebih dahulu memecah kebuntuan menerusi Anthony Gordon pada minit ke-55 hasil gerakan kemas bersama Morgan Rogers.
Gordon has England on the board. 🏴#FIFAWorldCup pic.twitter.com/k21GH5pLtC
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) July 15, 2026
Ketika itu, skuad kendalian Thomas Tuchel dilihat berada di landasan terbaik untuk mara ke final pertama mereka sejak 1966.
Namun, Argentina tidak pernah hilang keyakinan. Lionel Messi mula menguasai rentak permainan pada babak kedua sebelum Enzo Fernandez menyamakan kedudukan menerusi rembatan jarak jauh pada minit ke-85.
Ketika perlawanan seakan menuju masa tambahan, Messi sekali lagi menjadi pemisah apabila hantaran silangnya disudahkan Lautaro Martinez untuk gol kemenangan pada minit ke-92.
Walaupun kini berusia 39 tahun, Messi sekali lagi membuktikan bahawa dia tidak perlu mendominasi keseluruhan perlawanan.
Dua momen berkualiti pada penghujung permainan sudah cukup untuk mengubah nasib Argentina dan menghancurkan impian England.
Kekalahan ini juga pasti mengundang persoalan terhadap pendekatan Tuchel. Selepas mendahului, England dilihat terlalu pasif dan lebih banyak bertahan sehingga membenarkan Argentina menguasai penguasaan bola serta meningkatkan tekanan.
Keputusan itu akhirnya memakan diri apabila benteng England runtuh pada penghujung perlawanan.
Argentina are headed back to the #FIFAWorldCup Final 🇦🇷
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) July 15, 2026
Argentina kini hanya selangkah lagi untuk mempertahankan kejuaraan dunia, manakala England sekali lagi terpaksa menerima hakikat bahawa penantian mereka untuk muncul juara dunia masih berterusan.