Skuad Indonesia bakal diperkuatkan oleh dua pemain muda yang beraksi dalam saingan Liga Belanda bagi menghadapi aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Dua pemain Liga Belanda yang dimaksudkan ialah Miliano Jonathans yang beraksi sebagai pemain tengah menyerang dan Mauro Zijlstra yang beraksi sebagai penyerang.

Baca Juga:

Menurut laporan media tempatan, Miliano memutuskan untuk tidak mewakili skuad Belanda sebaliknya mahu beraksi bersama skuad Indonesia di peringkat antarabangsa.

Pemain Liga Belanda Jadi Pilihan Indonesia

Liga Belanda
Utrecht player Miliano Jonathans (L) is on the ball during the game between Utrecht and Sheriff Tiraspol at Stadium Galgenwaard for the Conference League season 2025-2026 in Utrecht, Netherlands, on July 31, 2025. (Photo by Thomas Bakker/EYE4images/NurPhoto) (Photo by Thomas Bakker / NurPhoto via AFP)

“Masa depan Miliano bersama pasukan kebangsaan Belanda B-19 dan B-21  kelihatan mustahil. PSSI sedang bekerja keras untuk mendapatkan pemain itu,” lapor media berkenaan.

Proses bagi Mauro Zijlstra untuk mendapat kerakyatan Indonesia sudah memasuki peringkat akhir dan akan selesai tidak lama lagi.

Proses melibatkan penyerang berusia 20 tahun itu dilaporkan hanya menunggu peringkat akhir selepas melalui kelulusan ibu bapa dan melengkapkan fail pentadbiran.

PSSI mempunyai rancangan bagi Mauro dimana beliau akan beraksi bersama skuad B-23 Tahun terlebih dahulu sebelum beraksi bersama pasukan senior.

Liga Belanda

Bagi Miliano, berkemungkinan besar pemain ini akan diserap terus ke dalam skuad senior yang akan menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2026.

Skuad Garuda mempunyai lebih 17 pemain warisan berdarah campuran seperti Belanda dan England.