Tular baru-baru ini di Twitter sebuah video yang memaparkan kekejaman dua orang individu terhadap seekor anjing yang lemah. Lebih teruk lagi, anjing ini bukan hanya cedera dilanggar kenderaan malah dipukul dengan kejam.

Difahamkan kejadian ini berlaku dekat sebuah jalan di Pulau Pinang yang mana anjing tersebut didakwa telah melintas secara mengejut lalu terlanggar dengan motor yang sedang lalu. Dikatakan kawasan itu agak gelap sekaligus sukar untuk dilihat oleh para pengguna.

Baca Juga:

https://twitter.com/syhmiee/status/1677671581836013568?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw

Selepas dilanggar, anjing itu berkemungkinan mengalami patah kaki dan terus lari menyorok di kawasan longkang. Memandangkan pemilik motor tidak berpuas hati, maka mereka mencari anjing malang itu sehingga dijumpai di longkang berdekatan.

Sudah jatuh ditimpa tangga pula, inilah pepatah sesuai untuk anjing malang itu kerana dipukul berulang-kali dengan objek kayu sehingga mati oleh dua individu durjana. Malah, di dalam video itu sendiri kedengaran suspek meminta untuk tidak merakam atau memuat naik di mana-mana kerana tidak mahu tindakan kejam dihidu.

https://twitter.com/syhmiee/status/1677672641187164162?s=46&t=He3ChCqRX5E25g8hKPKVRw

Rata-rata netizen mengecam tindakan kejam yang dilakukan oleh kedua-dua individu durjana itu. Bahkan, kita juga diminta untuk berbuat baik dan mempunyai ihsan terhadap semua ciptaan Tuhan.

Sumber Gambar: Twitter @syhmie
Sumber Gambar: Twitter @syhmie

Berdasarkan kemas kini ciapan asal yang dibuat, polis sudah menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Beliau juga berterima kasih kepada orang ramai kerana tolong menviralkan kes tersebut sehingga menarik perhatian pihak atasan untuk bertindak.