Dalam hidup ini tuhan akan menguji kita dengan pelbagai cara sama ada melalui cabaran sendiri ataupun melihat kesusahan yang dilalui oleh orang lain.
Bagi seorang pemuda ini yang berkongsi pengalamannya di laman Twitter, dia diuji dengan melihat kesusahan hidup orang lain apabila bertemu dengan sebuah keluarga empat beranak termasuk seorang bayi yang menunggang motosikal dalam keadaan hujan lebat semalam.
Dua kali saya menangis dengan asbab yang berlaku. Luluh hati.
Sekitar waktu maghrib semalam, tengah laju bawa motor dekat Highway Guthrie, perasan ada satu motor ni menunggang macam tak stabil. Dalam hati apa ke halnya ni. Bahaya betul.
— Zairul Eizam (@ZairulEizam) January 16, 2020
Mungkin bagi sesetengah orang, menunggang motosikal adalah perkara yang biasa dilakukan tetapi jika anda mendengar kisah yang diceritakan Zairul Eizam ini, sudah pasti anda akan berkata ini bukanlah kisah yang biasa kita dengari.
Saya terus berhenti tepi dan menyonsang ke belakang, pergi ke arah motor tadi. Dalam hati, Ya Allah, nasib tak jadi apa-apa. Kalau sebab tak stabil, boleh jatuh motor tu.
"Bang, kenapa ni". Tanya saya. pic.twitter.com/Jgl5PqyQc4
— Zai (@benjaminzear) January 16, 2020
Persoalan yang ditanyakannya bagaimanapun tidak berjawab dan ketika itulah dia menyedari pasangan suami isteri tersebut mempunyai masalah pendengaran.
Terpinga-pinga nak jawab soalan. Lantas si isteri tadi, bagi bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap.
Tersepak di lamunan. Pasangan suami isteri ini OKU Pendengaran. Mereka hanya mampu berbahasa isyarat. Saya ke arah tayar belakang. Rupanya angin tayar kurang.
— Zai (@benjaminzear) January 16, 2020
Mahu terus membantu pasangan itu, Zairul kemudiannya mengambil inisiatif untuk berhubung menggunakan telefon.
Kebetulan ada pakcik turut sama bantu dan bagi cadangan supaya tukar motor. Saya bawa motor mereka dan mereka sekeluarga naik motor saya. Terus setuju, sekurang kurangnya, mereka selamat sampai ke rumah. Pak cik tu sempat hulur not 10 pada si suami. pic.twitter.com/0qCyoE2Chy
— Zai (@benjaminzear) January 16, 2020
Lelaki itu kemudiannya bertambah terkejut apabila mengetahui bayi tersebut juga mungkin mengalami masalah pendengaran dan baru sahaja selesai melakukan pemeriksaan di Hospital Ampang.
Tapi sangkaan saya meleset. Jawab si isteri,
"Tak kerja. Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing". pic.twitter.com/gwHiErY8jJ— Zai (@benjaminzear) January 16, 2020
Selepas mendengar kisah sayu keluarga tersebut, Zairul kemudiannya meminta izin keluarga tersebut untuk membantu keluarga tersebut dengan menyebarkan kisah mereka kepada orang ramai di platform media sosial.
Dalam kiriman tersebut dia juga turut berkongsi video pasangan suami isteri tersebut yang bercakap menggunakan bahasa isyarat.
Selain tu, saya lampirkan foto dan video untuk tontonan kalian semua. Terima kasih. Moga Tuhan permudahkan segala urusan dan tugasan kita semua. pic.twitter.com/9y7rWEXk0W
— Zai (@benjaminzear) January 16, 2020
Kepada anda yang ingin membantu keluarga yang kurang bernasib baik ini bolehlah berbuat demikian demi membantu meringankan beban yang ditanggung mereka.
Kita rakyat Malaysia memang terkenal dengan sikap pemurah dan semangat tolong menolong yang sangat kuat. Baca kisah adik ini yang membantu Uncle Cina ini yang kehabisan minyak di tepi jalan seperti kami kongsikan sebelum ini di bawah.
Sikap Muafakat Yang Ditunjukkan Adik Ini Buat Uncle Cina Bergenang Air Mata
Lelaki Ini Luah Rasa Kecewa Masih Ada Pelanggan Yang Biadap Dengan Pekerja OKU
Lihat Inisiatif Kreatif Guru Ini Buka Taman Tema Air Untuk Tarik Murid Datang Ke Sekolah