Pada awal Februari lalu Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mengumumkan pihak mereka senang mendapatkan kelulusan pihak kerajaan untuk menjenamakan semula KLIA dan KLIA2 di Sepang.
Terbaharu, MAHB mengumumkan KLIA kini dikenali sebagai Terminal 1, manakala KLIA2 pula dikenali sebagai Terminal 2.
Baca Juga:
- Hampir 3 Tahun Dinantikan Peminat, Restoran Jamie Oliver Akhirnya Dibuka Di KLIA Secara Rasmi
- Bantu Tenangkan Anak Autisme, Servis ‘Butterfly Effect’ Di KLIA Ini Raih Pujian Netizen
- Dari KLIA Ke Pusat Bandar Hanya 11 Minit, AirAsia Bakal Tawar Perkhidmatan ‘Teksi Udara’
Dalam kenyataan Februari lalu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood menyatakan penjenamaan semula itu membolehkan pihaknya memasarkan perkhidmatan lapangan terbang dengan lebih berkesan sekali gus mengukuhkan kedudukan Lapangan Terbang Antarabangsa KL sebagai hab serantau.
MAHB juga mengumumkan bahawa ia telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada kerajaan mengenai syarat material Perjanjian Operasi (OA 2023) untuk mengendalikan, mengurus, menyelenggara dan membangunkan 39 lapangan terbang dan STOLports di seluruh negara sehingga 2069.