Dua terbunuh dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis pengiring di KM 5.7 jalan persiaran utara menghala ke Puchong berhampiran susur keluar persiaran Timur, di sini hari ini.
Memetik laporan Buletin TV3, kedua-dua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala tujuh mangsa lagi cedera dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya dan Hospital Serdang.
Baca Juga:
- Gara-Gara Makan Babi Baca Bismillah, ‘Influencer’ Di Indonesia Kena Penjara 2 Tahun
- Langkawi Cadang Bina MRT Dari Alor Star Ke Kuah
- Netizen Pelik Segelintir Pengguna TikTok ‘Sokong’ Tindakan Penunggang Motosikal Rempuh Pegawai JPJ
Nahas dipercayai berlaku apabila sebuah lori treler yang mengubah laluan dari lorong tengah ke kiri lalu merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti.
Okay, polis tutup jalan untuk bagi laluan kepada kenderaan menteri (ke Agong? sis tak pasti) di bahagian kiri tapi lori gagal brek dan akhirnya langgar kereta dan motor di bahagian depan. pic.twitter.com/VrhC7H4wSa
— Meowny (@syazmnnn) September 20, 2023
Menurut polis, dua penunggang motosikal termasuk anggota polis pengiring sempat menyelamatkan diri.
Terdahulu, Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Putrajaya memberitahu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Presint 7 dan Presint 14 bersama sebuah Light Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan jam 10.24 pagi tadi.
Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz yang dihubungi mengesahkan kejadian membabitkan enam kereta, tiga motosikal, satu motosikal pengiring polis dan dua lori.
Pemandu lori akan ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.