Channel News Asia melaporkan dua kematian yang menggegarkan dunia penerbangan selepas pendedahan skandal di Boeing.

Dua individu tersebut adalah, Joshua Dean dan John Barnett, adalah tokoh penting dalam mendedahkan potensi bahaya yang berkaitan dengan pesawat Boeing.

Baca Juga:

Joshua Dean, seorang pekerja Boeing yang mendedahkan kecacatan pada Boeing 737 Max, tiba-tiba meninggal dunia pada 30 April 2024 setelah dua minggu sakit.

Peguamnya, Robert Turkewitz, mengesahkan bahawa Dean sebelum ini melaporkan lubang tidak normal di bahagian belakang Boeing 737 Max.

Bagaimanapun, selepas melaporkan penemuannya, dia dipecat oleh Spirit AeroSystems, sebuah syarikat yang membekalkan komponen untuk pesawat Boeing, dan menyaman syarikat itu.

Walaupun Dean telah berjuang melalui proses undang-undang, dia akhirnya meninggal dunia akibat penyakit yang tidak dijelaskan secara terperinci.

Sebelum ini, pada bulan Mac, John Barnett, bekas pekerja Boeing yang turut mendedahkan potensi bahaya Boeing 787 Dreamliner, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala.

Polis memutuskan bahawa kematian Barnett adalah bunuh diri, walaupun keadaan sekitar kematiannya masih menjadi tanda tanya.

Kematian mengejut dua individu ini menimbulkan persoalan serius mengenai keselamatan dan menimbulkan spekulasi mengenai kemungkinan penglibatan pihak tertentu yang mahu menyekat pendedahan skandal dalam industri penerbangan.