Ramly Halal Kiosk Malaysia, kiosk yang menjual produk Ramly dengan standard operasi yang ketat serta jaminan halal yang lebih komprehensif telah mengumumkan penutupan dua cawangan mereka.
Penutupan itu melibatkan kiosk di R&R Seremban Utara dan R7R Pagoh Selatan.
Baca Juga:
- Ramly Burger, Syarikat Ais ‘U-Turn’ Tak Jadi Naikkan Harga

- Wanita Dari China Puji Kesedapan Burger Ramly, Dakwa Tak Cukup Beli Satu Sahaja

“Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Terima kasih untuk kenangan bersama anda selama 10 tahun ini.
“Kalau anda jadi pelanggan terakhir kami pada hari tersebut, DM min ya untuk gambar-gambar kenangan,” petik hantaran Facebook Ramly Halal Kiosk Malaysia.
Hantaran tersebut meraih ratusan komen daripada warganet yang bersedih atas berita tersebut.
“Min, saya dan isteri masuk lebuhraya R&R Seremban Utara hanya untuk makan Burger Ramly. Kami antara supporter Ramly Burger. Lepas ini tinggal kenangan.
“Kenapa tutup? Selalu travel JB-Pagoh semata-mata nak makan dekat Ramly kegemaran, dah tak ada cawangan Johor.
“Kalau Singgah RnR Pagoh mesti singgah Ramly beli Oblong dia. Rasa dah Sama macam Prosperity McD tapi harga jauh lebih murah. Sekarang dah tutup pula.
“Kenapa perlu tutup? Bukaklah cawangan banyak-banyak.
“Selalu singgah kalau balik dari Melaka. Sayang sangat dah tutup,” kata warganet.
Dalam pada itu, warganet mencadangkan Ramly untuk membuka cawangan kiosk mereka di beberapa negeri lain seperti Terengganu, Kelantan, Melaka.