Dua stadium dijadikan sebagai alternatif sekiranya padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak berada dalam keadaan yang baik menjelang perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Oman pada Mac ini.

Menurut laporan Astro Arena, perkara ini disuarakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysa (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin dimana pihaknya akan meninjau keadaan padang pada awal Mac untuk membuat penilaian.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Dua stadium yang dijadikan alternatif ialah Stadium Sultan Ibrahim (SSI) dan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak dimana pasukan negara pernah beraksi di dua stadium ini pada perlawanan persahabatan antarabangsa tahun lalu.

Permukaan padang SNBJ sekali lagi menjadi persoalan dimana stadium itu baru sahaja digunakan sebagai venue konsert salah satu artis terkenal iaitu Ed Sheeran.

Pentas bagi konsert tersebut diletakkan di bahagian tengah dan seperti video dan gambar yang beredar di laman media sosial, pihak Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) mencabut rumput bagi meletakkan asas kepada pentas tersebut.

Stadium Nasional Bukit Jalil

Persoalan muncul apabila konsert sudah selesai dan pentas sudah dileraikan, adakah rumput mempunyai masa yang cukup untuk menyatu dengan tanah dibawah menjelang perlawanan menentang Oman pada Mac ini.

Dalam satu kenyataan media, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) berkata sebagai langkah awal, pihaknya telah memindahkan rumput seluas 1,900 meter persegi bagi menempatkan pentas dan menara sistem audio mengikut tema “world tour” Ed Sheeran.

Rumput yang telah dipindahkan kini diberi jagaan intensif termasuk pengairan dan pembajaan supaya kesihatan rumput berada pada tahap optimum.

Pada masa yang sama, PSM bersedia untuk menggunakan rumput dari tapak semaian, sekiranya perlu untuk memastikan padang berada dalam keadaan optimum.

Tapak semaian sedia ada mempunyai keluasan rumput melebihi 2,000 meter persegi untuk menampung keperluan padang SNBJ.

Kerja-kerja membongkar peralatan daripada konsert akan dimulakan sejurus selepas konsert berakhir dan kerja di padang akan bermula dengan segera selepas itu.