Zaha Hadid Architects bekerjasama dengan firma Norway A_Lab untuk mereka bentuk dua stesyen metro baru di Oslo, Norway. Stesen Fornebu Senter dan Fornbuporten adalah dua stesen daripada 6 hentian yang direka oleh Zaha Hadid Architects dan A_Lab. Pembinaan dijangka bermula pada tahun 2020 dengan siap siap pada tahun 2025.
Menariknya rekaan kedua-dua stesen ini menonjolkan landskap glasier Norway. Bagi stesen Fornebu Senter akan menampilkan ruang plaza awam, sementara stesen Fornbuporten akan menampilkan dua ruang iaitu sebuah pavilion ortogonal berlapis di selatan dan kanopi bujur dengan taman komuniti di utara.