Pada awal pagi tadi, akaun media sosial rasmi Rapid KL selepas perkhidmatan tren tergendala sehingga memberi kesan kepada pengguna pengangkutan awam tersebut.

Terbaharu, Rapid KL telah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka mengalami gangguan sementara pagi ini ekoran masalah bekalan kuasa elektrik di dua ‘Traction Power Sub Station’ (TPSS) di Stesen Taman Jaya dan Stesen Universiti pagi ini.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

“Bekalan kuasa terputus pada pukul 8.36 pagi; sekali gus menyebabkan perkhidmatan tren mengarah ke Putra Heights di Stesen Taman Jaya terhenti sementara.

“Bekalan kuasa dapat dikembalikan pada pukul 8.48 pagi,” menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Rapid Rail, yang merupakan operator untuk perkhidmatan berkenaan.

Menurut kenyataan berkenaan, siasatan awal menunjukkan bahawa insiden berlaku selepas pemutus litar ‘circuit breaker’ terputus; sekali gus menyebabkan bekalan elektrik terputus dan tren kehilangan kuasa untuk bergerak.

Tambah Rapid KL lagi, pihaknya akan terus meningkatkan lagi kerja-kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan aset-aset miliknya untuk memastikan perkhidmatan terbaik dapat diberikan kepada para pelanggan.

Pada masa sama, Rapid KL memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh para pelanggan khususnya mereka yang sedang dalam perjalanan ke tempat kerja semasa insiden itu berlaku.

Sumber Gambar: Facebook Rapid KL

Klik pautan di bawah untuk baca komen-komen para pengguna LRT semasa kejadian tersebut berlaku.

Sekali Lagi Bermasalah, Perkhidmatan LRT Tergendala Undang Rasa Tidak Puas Hati Pengguna

‘Saya Nampak Ramai Orang Cedera Dan Meraung’ – Mangsa Kongsi Pengalaman Terlibat Kemalangan LRT

Netizen Tidak Setuju Mangsa Kemalangan LRT Hanya Diberikan Pampasan RM1,000