Beberapa hari ini dunia dikejutkan dengan peristiwa banjir besar yang melanda Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE). Malah, kini direkodkan sebagai antara peristiwa kejadian alam terburuk yang pernah direkodkan oleh negara Timur Tengah itu.

Terkini, langit di Dubai bertukar menjadi hijau ketika cuaca buruk melanda. Fenomena aneh itu dilaporkan terjadi ketika hari masih siang dan telah menggelapkan beberapa kawasan di sana.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik laporan Kosmo!, fenomena aneh itu seakan-akan berada dalam filem sains fiksyen dan telah menggemparkan penduduk di sana.

Walaupun sesetengah kawasan menjadi gelap pada waktu siang,  sebahagian penduduk terpesona melihat pemandangan langit berwarna hijau.

Seorang saksi menulis di platform X: “Saya jarang memuat naik video  tetapi langit di sini bertukar hijau hari ini (Selasa lalu) dan kelihatan begitu menakutkan seperti dalam filem sains fiksyen.”

Menurut sumber, fenomena langit hijau itu adalah kejadian yang jarang berlaku selepas cuaca buruk dan ianya disifatkan unik oleh sesetengah pihak.