Vivy Yusof telah melancarkan rekaan terbaharu tudung dUCk semalam dan peminat jenama dUCk pastinya teruja dengan pelancaran koleksi tersebut.
Akan tetapi, pelancaran tersebut mencipta kontroversi apabila rekaan dan konsep yang dilancarkan oleh Vivy didakwa menciplak rekaan tudung seorang artist, Sleepylllama atau dikenali sebagai Nia dari rekaan koleksinya 2 tahun lepas.
https://www.instagram.com/p/B_hetcqpHBu/
Isu tersebut mendapat perhatian netizen apabila Nia telah memuat naik gambar untuk membandingkan rekaan dan konsep photoshoot miliknya dengan koleksi terbaru yang digunakan Vivy, The Artsy Duck.
Walau bagaimanapun, Vivy telah menafikan dakwaan bahawa beliau mencuri idea dan rekaan tudungnya itu adalah rekaan asli dan telah dibincangkan rekaannya serta pernah digunakan untuk satu produk dUCk dikeluarkan pada 2018.
Tambahnya lagi, tudung kolaborasi Soonaru dan Sleepy studio dikeluarkan pada Disember 2018, dan produk rekaannya yang baru sahaja dilancarkan telah dibincangkan sejak bulan Jun tahun yang sama. Berikutan itu, Nia juga tampil menunjukkan bukti email di mana rekaannya telah dibincangkan sejak bulan Mei.
Menurut Nia, walaupun koleksi tudungnya dilancarkan pada bulan Disember tetapi proses perbincangan telah bermula seawal bulan Mei 2018. Proses untuk menghasilkan rekaan dan konsep memakan masa, idea dan tenaga dan siapa tidak kecewa dan marah apabila rekaan dan konsep ditiru begitu sahaja.
Rata-rata netizen mempunyai pendapat yang berbeza dan menimbulkan pendebatan. Ada yang mengatakan konsep yang ditonjolkan sama tetapi rekaan sedikit berbeza dan juga sebaliknya. Malah, ada juga yang berasa tidak sepatutnya perkara seperti ciplak rekaan orang lain berlaku.
Malah, ada juga yang menyalahkan creative team dUCk yang sudah banyak kali menimbulkan kontroversi seperti ini dan seharusnya Vivy mencari creative team baharu.
https://twitter.com/jihrsa/status/1255159205629014017
https://twitter.com/tunputry_/status/1255146098353565702
Bukan sekali dua ya Vivy and team are accused of ciplak (or whatever you call it) design orang lain. It happened before, she clearly needs a new creative team.
— Aqem Amran (@AqmAmrn) April 28, 2020
Well done Vivy Yusof. Daylight robbery at its finest. Jangan lagi nak menegakkan benang yang basah. The only way you can fix this is to apologize to the designer, donate all proceeds to charity of her choice and stop stealing other people’s ideas. Enough of dUcKing around. 🦆💩 pic.twitter.com/5EGayOx4CQ
— babeandsparrow (@babeandsparrow1) April 28, 2020
Sebelum ini turut tular di media sosial apabila Fashion Valet dikatakan telah menciplak rekaan pereka untuk jenama kecil yang menjual produk mereka di Fashion Valet. Apabila Vivy dihubunginya 3 tahun lalu, Vivy tidak melakukan apa-apa akan isu yang dibangkitkan.
I remembered messaging her and #Vivy did NOTHING. For three years, I suffered so much, lost so much money trying to pull myself and my business together and lost too many people around me.
Sekarang Vivy nak nangis? Please la. Spare your tears.
— syaza (@syazayunos) April 2, 2020
Unless we all speak up together.
Ps:/ On top of my Warong, FV also used some designs “inspired” by Kulet, Nelissa Hilman, Cipela and many others big big brandsssssss 😭 pic.twitter.com/enXAsSIiNV
— syaza (@syazayunos) April 1, 2019
Pastinya isu plagiarism ini satu isu yang besar dan apakah pandangan anda mengenai hal ini? Baru sahaja reda isu Vivy Yusof didakwa ciplak karya orang lain sebelum ini, muncul lagi isu seperti ini.
Sementara itu, anda mungkin berminat untuk baca lebih lanjut berkaitan Vivy Yusof dan dUCk dengan klik pautan di bawah ini.
Stapler ‘dUCk’ Berharga RM80 Kembali Hangat Diperkatakan Netizen
Bekas Peminat Vivy Yusof Ini Kongsi ‘Nasihat Berguna’ Buat Golongan B40 Dan M40
Netizen Mahu Dato’ Rizalman Dilantik Sebagai Lembaga Pengarah UiTM Gantikan Vivy Yusof