Timbalan Gabenor Antarabangsa Lembaga Pelancongan Thailand (TAT), Pattaraanong Na Chiang Mai menyatakan Malaysia menduduki tempat kedua paling ramai pelancong memasuki Thailand pada tahun ini.

Beliau berkata sedemikian kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Malaysia & Thailand Self Drive Tourism di Kompleks Bebas Cukai Bukit Kayu Hitam, di sini, pada Sabtu baru-baru ini.

Baca Juga:

Memetik Sinar Harian, berdasarkan rekod awal TAT, Thailand menerima lebih 3.7 juta pelancong Malaysia dari 1 Januari hingga 30 September 2024.

49.33 peratus daripadanya telah masuk melalui Pusat Pemeriksaan Imigresen Sadao di Wilayah Songkhla.

“Selain lima pusat pemeriksaan sempadan, Thailand dan Malaysia perlu memanfaatkan kesalinghubungan melalui udara, darat, air, dan kereta api, yang memberi peluang yang sangat baik untuk terus mempromosikan pelancongan dua hala dan memajukan ekonomi antara kedua-dua negara.

“Sehubungan itu, Thailand menyasarkan jumlah pengunjung Malaysia dijangka kira-kira 5 juta menjelang akhir 2024,” katanya lagi.

Bagi merancakkan lagi industri pelancongan negara itu, kempen Thailand’s Grand Invitation akan berlangsung pada tahun depan — di mana ia adalah masa yang sesuai bagi menyambut musim pelancongan untuk kedua-duanya negara.

Memetik laporan itu lagi, bagi memenuhi pasaran Malaysia bermula Oktober 2024 hingga awal 2025 terdapat siri acara pelancongan hebat di wilayah Selatan Thailand.

Sementara itu, Pattaraanong menyatakan kira-kira 1.1 juta pelancong Thailand melancong ke Malaysia. Di mana peningkatan 19.7 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Sumber