Beberapa hari ini, kita boleh mendengar sejumlah berita yang melaporkan wang ringgit kita semakin kukuh apabila nilai pertukaran Ringgit Malaysia lebih tinggi untuk matawang negara seperti New Zealand, Korea Selatan, Jepun dan sebagainya.
Menariknya, negara jiran iaitu Thailand juga dilihat giat membahaskan tahap kemampuan ekonomi Malaysia secara terbuka di dalam aliran media massa mereka.
Di dalam sebuah video yang dikongsikan, seorang individu yang juga pengulas telah berkongsi serba lanjut bagaimana perkembangan ekonomi Malaysia yang sedang mendahului negara-negara ASEAN lain pada ketika ini.
Pengulas berkata: “Setiap syarikat yang melabur di Thailand atau rancang melabur di negara ini sudah mula melabur di Malaysia dan mengumumkan jumlahnya.
“Syarikat yang dimaksudkan termasuklah Amazon, Google, Nvidia, Facebook, Bytedance, Intel dan banyak lagi. Jumlah keseluruhan memperlihatkan angka mencecah $30 bilion bersamaan RM125.94 bilion.
“Yang paling penting aspek nombor demikian adalah jika pada masa dahulu apabila kita memikirkan tentang tentang kejayaan teknologi, kita mesti teringat dekat Singapura.”
“Tetapi kali ini, duit mengalir ke Malaysia lebih dari Singapura dan dari perbualan kami dengan kerajaan Malaysia. Saya tak pasti jika benar atau tidak tetapi mereka (merujuk kepada kerajaan Malaysia barangkali) yang mengatakan sangat yakin yang negara ini bakal jadi hub kepada teknologi dan pusat data di ASEAN,” terang dengan lanjut.
Dengan sedutan yang ringkas itu sudah memberi gambaran jelas yang Malaysia sudah menjadi pemain utama di dalam bidang teknologi dan diiktiraf dunia.
@ayang981298 Ekonomi Malaysia yg sebelum ini jatuh mendadak tiba2 yg x dpt di selesaikan pun oleh Perdana Menteri sebelum nya. Sebelum Anwar mengambil alih menjadi PMX Malaysia. Dan menjadikan ekonomi Malaysia menjadi begitu cepat melonjak nya ekonomi Malaysia menyebabkan byk Negara luar terkesima,terkilan dan kagum dgn pentadbiran PMX kita.
Secara tidak langsung, ini akan memacu ekonomi Malaysia ke tahap yang lebih hebat dari semasa ke semasa.