Seorang ahli perniagaan di Sarawak terpaksa membayar harga yang mahal setelah rugi sebanyak RM1 juta. Ini semua gara-gara menjawab panggilan telefon selama 14 saat daripada seorang ‘scammer’ sehingga wang simpanan yang berada di akaun Maybank lesap.

Menurut laporan WOB, Dalam satu sidang media yang diadakan semalam bersama-sama dengan, ahli politik Michael Kong, difahamkan bahawa kejadian itu berlaku pada Ahad (26 Feb) sekitar jam 3 petang ketika. Lee, mangsa kejadian, dilaporkan menerima panggilan telefon tanpa nama daripada seseorang yang mendakwa berasal dari Pos Laju.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Pemanggil itu mendakwa ada bungkusan untuknya dan meminta Lee untuk mengemukakan maklumat banknya. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan disebabkan itu, dia mematikan panggilan tersebut.

Selepas panggilan itu, Lee memutuskan untuk menyemak akaunnya. Dia mendapati bahawa sejumlah wang sebanyak RM1 juta telah dikeluarkan dari akaun Maybanknya tanpa kebenarannya.

Menurut Kong, wang itu dipindahkan daripada akaun bank Lee dalam dua transaksi bernilai RM500,000. Encik Lee tidak menerima sebarang OTP atau pemberitahuan untuk transaksi tersebut.

Encik Lee kemudian segera melaporkan kejadian itu kepada Maybank dan membuat laporan polis.

“Encik Lee hanya menjawab panggilan telefon tetapi RM1 juta dalam akaun banknya benar-benar dicuri daripadanya. Sistem yang dimiliki oleh bank kita sudah lapuk. Mereka perlu meningkatkan keselamatan mereka,” kata Kong.

Untuk rekod, Kong, yang merupakan pembantu politik kepada Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen sedang membantu Lee untuk berhubung dengan pihak tertentu untuk mengesan wang tersebut dalam cubaan untuk mengembalikan wan tersebut kepada beliau.