Dana awam yang dibelanjakan untuk pelarian dan pencari suaka adalah lebih baik dibelanjakan untuk rakyat Malaysia yang masih terkial-kial akibat kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19, kata Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, Isam Isa (BN-Tampin) berkata, Putrajaya tetap akan memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian walaupun Malaysia tidak menandatangani konvensyen pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beliau menambah bahawa kerajaan masih memikirkan tentang pelarian dan pencari suaka selepas wabak itu melanda, mengakui cadangan Suhakam untuk komuniti ini dalam laporan 2020nya.

“Namun, adakah kita perlu menanggung masalah yang ditimbulkan oleh pelarian dan pencari suaka ini, seperti kos kebajikan (bantuan) dan depoh tahanan sementara, yang mencecah jutaan setiap tahun?” katanya seperti yang dilaporkan MSN.

“Dana itu boleh digunakan untuk tujuan lain, seperti membantu penduduk tempatan yang terjejas akibat wabak itu,” katanya semasa perbahasan Dewan Rakyat mengenai laporan Suhakam 2020.

Untuk rekod, berdasarkan laporan Berita Harian pada April 2022, melalui data yang dikeluarkan pada tahun lalu menunjukkan bahawa Malaysia menjadi pusat pelarian dari 50 negara. Di mana terdapat 182,000 pelarian dan pemohon suaka dari 50 negara dengan tertinggi adalah etnik Rohingya dari Myanmar.

UNHCR Malaysia pula melaporkan bahawa daripada 156,110 pelarian dan pemohon suaka Myanmar, seramai 103,810 terdiri daripada etnik Rohingya, 22,700 Chin dan 29,600 individu dari kumpulan etnik lain.

Berdasarkan sehingga Mac lalu, pelarian dari Myanmar mencatatkan jumlah tertinggi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia iaitu 156,110 orang.

Tidak dinafikan bahawa mereka hadir ke Malaysia untuk mencari perlindungan selepas perang dan pembunuhan etnik yang terjadi di negara sendiri, namun pakar berpandangan bahawa lambakan pelarian berkenaan jika tidak ditangani segara boleh menimbulkan konflik yang teruk kepada negara, terutama kesan ditanggung oleh kerajaan dari sudut kesihatan dan kewangan.