Masyarakat Rohingya yang hadir ke Malaysia selepas dari negara sendiri akibat penindasan keras yang dialami oleh mereka akan menjadi satu beban buat negara ini. Perkara ini terjadi kerana sebahagian rakyat Malaysia mengalu-alukan kedatangan mereka dan menganggap mereka adalah saudara malang yang harus dibantu, kata peguam, Norman Fernandez kepada Sinar Harian.

Sejak berlakunya ‘pembersihan etnik’ di Myanmar, masyarakat Rohingya telah merebak melarikan diri daripada negara masing-masing dengan Malaysia adalah antara negara yang menjadi destinasi masyarakat ini selain Indonesia, Thailand dan Bangladesh.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagi Norman, jika situasi ini berterusan, beliau tidak terkejut bahawa suatu hari nanti etnik Rohingnya akan mengusul atau menuntut hak seperti rakyat Malaysia iaitu diiktiraf sebagai bangsa Melayu dan berhak mendapat pendidikan di universiti awam tempatan.

Tambah beliau lagi, selagi ada sebahagian masyarakat Melayu yang sanggup mendendangkan lagu ‘Selamat Malam Rohingya’ dan menganggap mereka sebagai saudara, selagi itulah kumpulan ini akan datang ke Malaysia dan terus kekal di negara ini.

“Tidak mustahil dalam tiga ke empat generasi (akan datang), Rohingya di Malaysia yang beragama Islam boleh cakap bahasa Malaysia dan sudah mengamalkan budaya Melayu, akan menuntut untuk diiktiraf sebagai Melayu. Mereka akan menuntut hak belajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Alahai, terkenang sajak Usman Awang. Semua boleh jadi Melayu,” katanya.

Berita mengenai penindasan kaum Rohingya di Myanmar telah dilaporkan sejak tahun 2015 lagi, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan etnik Rohingya sebagai minoriti paling teraniaya di dunia dan pada tahun 2016 hingga 2017.

Sejak itu, masyarakat Rohingya terus melarikan diri dari negara sendiri dengan menaiki kapal untuk masuk ke negara-negara berdekatan.

Pada tahun 2020 pula, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) telah mengeluarkan amaran tegas kepada Myanmar untuk menghalang pembunuhan masyarakat Rohingya di sana dengan meluluskan langkah awal dan memerintahkan kerajaan Myanmar untuk “mengambil semua langkah dengan kuasa yang ada” untuk menghentikan penganiayaan kumpulan minoriti negara itu.

Manakala sejak beberapa tahun ini, rakyat Malaysia juga telah dihidangkan dengan pelbagai cerita kurang enak mengenai masyarakat Rohingya yang tinggal di negara ini. Kebanyakannya adalah kekacauan yang menganggu keselamatan rakyat Malaysia.