Pada hari ini, sesiapa sahaja boleh menjadi influencer tanpa perlu sebarang skil suntingan atau sinematografi yang sebenar dengan caj tertentu.

Sebelum ini, kita pernah mendengar pendedahan berkenaan caj sebuah video iklan berupaya mencecah RM30,000 buat influencer yang popular di luar sana.

Bagaimanapun, angka itu sebenarnya tidaklah setinggi mana menurut Mr Kokom yang juga bergelar orang lama dalam dunia YouTuber kerana dahulunya harga pasaran pengiklanan boleh mencecah ratusan ribu ringgit.

“Kenapa ramai terkejut bila ada influencer dibayar satu video RM30,000?”soalnya kepada pengguna Threads.

Memetik tulisannya, sebelum kewujudan influencer harga pasaran servis pengiklanan boleh mencecah RM100,000 sehingga RM300,000 untuk satu video dan tidak termasuk waktu siaran.

“Kami pernah caj RM200,000 dulu untuk beberapa video. 1 video RM50,000 pun ada,” kongsinya lagi.

Keluhnya, bagaimanapun semua ini berubah apabila wujud influencer baru yang boleh kenakan caj serendah RM80 sahaja untuk syarikat di luar sana.

Akibatnya pasaran yang penuh lambakan influencer jadian, maka banyak syarikat mengambil kesempatan mahu dapatkan servis ulasan dalam bentuk video secara percuma.

Dulu Caj Cecah RM300,000, Otai YouTuber Dakwa ’Influencer’ Rosakkan Harga Servis Pengiklanan?
Sumber Gambar: Threads

Dia turut menegaskan bahawa caj yang mahal itu mestilah setara dengan hasil video yang ditawarkan yang mana perlulah menggunakan peralatan kamera, mikrofon yang jelas serta suntingan sinematografi yang bagus.

Di dalam keadaan harga pasaran servis pengiklanan yang semakin mencabar, Mr Kokom mendedahkan dia perlu mengambil pendekatan berbeza untuk menjana pendapatan dan kekal relevan dalam industri ini.

Ini termasuklah menawarkan penghasilan filem pendek yang bagus atau iklan komersial berkualiti pada harga mampu milik berbanding agensi di luar sana serta menawarkan ilmu yang tidak tersedia di dalam pasaran.

Dulu Caj Cecah RM300,000, Otai YouTuber Dakwa ’Influencer’ Rosakkan Harga Servis Pengiklanan?
Sumber Gambar: Threads

Dalam salah satu respons yang diberikan kepada seseorang, dia turut menegaskan tindakan main harga sebegini telah merosakkan harga lantai pengiklanan dan meminta agar pencipta kandungan untuk berikan caj yang lebih relevan. Jadi, harga servis pengiklanan jadi lebih selari dengan keadaan ekonomi semasa