Ibu Kota Nusantara (IKN) adalah projek mega di Indonesia yang melibatkan pemindahan ibu kota dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

Tujuan utama IKN adalah untuk mengatasi masalah ini dengan mencipta sebuah “kota hutan” yang moden, mampan, dan berfungsi sebagai pusat pemerintahan baharu.

Dulu Dibanggakan, Kini Ibu Kota Nusantara Berisiko Jadi Projek Gajah Putih
Sumber Gambar: Malay Mail

Malah, ia juga bertujuan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di luar Jawa dan mencapai visi “Indonesia Emas 2045”.

Bagaimanapun, ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, dilaporkan bakal berdepan pemotongan bajet yang drastik. Pada tahun 2026, bajetnya dijangka dipotong daripada 43.4 trilion rupiah (RM12.6 bilion) kepada hanya 6.3 trilion rupiah (RM1.83 bilion).

Berdasarkan laporan kewangan terkini, jelas menyatakan bahawa peruntukan dana untuk pembangunan ibu kota baharu Indonesia, Nusantara, telah dikurangkan. Hal ini kerana Presiden Prabowo Subianto kini mengalihkan tumpuan dananya kepada projek-projek kebajikan berskala besar.

Situasi ini menimbulkan keraguan sama ada bandar baharu itu benar-benar akan menjadi pengganti ibu negara Jakarta, yang dijangka berisiko tenggelam menjelang tahun 2050.

nusantara
Sumber Gambar: Linkedin

“IKN seakan-akan dipinggirkan. Prabowo lebih memfokuskan projek dasar utama berkaitan kebajikan seperti program Makan Bergizi Gratis (MBG),” kata peguam kanan di firma penasihat dasar awam, Global Counsel, Dedi Dinarto.

Menurut Dedi, pembangunan pesat tidak dijangka akan berlaku, kerana ia tidak akan menjadi keutamaan utama dalam pentadbiran Prabowo.

“Tanpa momentum yang kuat, ia berisiko menjadi gajah putih,” menurutnya.

Dana projek Ibu Kota Nusantara (IKN) dikurangkan dengan drastik di bawah pentadbiran Presiden Prabowo Subianto, yang hanya sekali menyebut tentang projek tersebut dalam ucapan pertamanya.

Bajet rasmi menunjukkan peruntukan dikurangkan daripada 43.4 trilion rupiah (RM12.6 bilion) pada 2024 kepada 6.3 trilion rupiah (RM1.8 bilion) pada 2026. Ini berlaku walaupun pihak berkuasa IKN memohon lebih daripada 21 trilion rupiah (RM6.09 bilion) untuk tahun 2026.

Selain itu, projek ini juga menghadapi kesukaran mendapatkan dana asing, meskipun mendapat tawaran daripada negara-negara Asia Barat dan Asia.

“Prabowo mungkin tidak ambil peduli kerana projek itu bukan hasil ideanya. Saya masih 50-50. Pemotongan bajet bermakna banyak lagi infrastuktur tidak dapat disiapkan pada waktu ditetapkan,” kata seorang pegawai terlibat pembangunan IKN.

Menurut laporan, lebih daripada 1,000 kakitangan perbandaran bersama ratusan kakitangan dari kementerian, perkhidmatan, dan perubatan telah menetap di ibu kota baharu, Nusantara.

Walaupun Jakarta mempunyai 12 juta penduduk, angka itu jauh lebih rendah daripada sasaran IKN untuk menempatkan kira-kira dua juta orang pada tahun 2045.

 

Sumber