Salah satu kelab gergasi dalam saingan Liga Super China (CSL), Guangzhou FC mengalami nasib buruk apabila terpaksa ditutup selepas mengalami masalah kewangan yang serius.
Berbelanja besar ketika revolusi liga negara itu menyebabkan Guangzhou berdepan dengan isu kewangan yang serius selepas pemilik kelab menghadapi masalah kewangan ketika pandemik COVID-19.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Diterima Oscar Sepanjang Beraksi Di China
- Senarai ‘Track Record’ Buruk Patrick Kluivert
- ‘Kita Tengok Sejauh Mana Mereka Boleh Pergi’ – Anak Shin Tae-yong
Juara CSL sebanyak lapan kali dan pemenang dua kali Liga Juara-Juara AFC, Guangzhou atau sebelum ini dikenali sebagai Guangzhou Evergrande, mengumumkan pada hari Isnin bahawa kelab itu gagal memenuhi keperluan kewangan kemasukan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak China (CFA) untuk musim 2025.
GUANGZHOU FC
R.I.P
1993-2025ACL 🏆🏆
CSL 🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆🏆
CFA CUP 🏆🏆
CFA SUPER CUP 🏆🏆🏆🏆 pic.twitter.com/wfeP6Gcdld— HOTPOT FOOTBALL (@HotpotFootball) January 6, 2025
Dengan itu, kelab tersebut terpaksa dibubarkan sekaligus menamatkan tempoh 32 tahun yang telah membawa banyak kegembiraan dan kebanggaan untuk peminat di negara itu.
Sejak tersingkir dari saingan divisyen utama pada 2022, kelab itu bergelut dengan hutang yang banyak, digariskan oleh beberapa siri pertikaian undang-undang dengan pemain mengenai gaji yang tidak dibayar.
Dua kelab lain mengumumkan pembubaran mereka pada hari Isnin, yang mana mereka turut gagal memenuhi syarat untuk musim baru. Dua pasukan tersebut ialah CLS Cangzhou Mighty Lions dan pasukan Liga Dua China iaitu Hunan Billows.
“Disebabkan beban kewangan yang berat akibat musim-musim sebelumnya, kelab tidak dapat membayar semua hutang pada tarikh akhir. Kami merakamkan permohonan maaf yang tulus kepada semua penyokong dari seluruh masyarakat dan kami menghargai pemahaman dan pengampunan semua peminat sangat,” kata kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Guangzhou FC.
Bergantung kepada pelabur dan pemilik yang berada dalam industri runcit dan penaju hartanah, kelab itu menikmati kejayaan jangka pendek di China pada 2010-an, diserlahkan oleh kemenangan Liga Juara-Juara AFC Guangzhou pada 2013 dan 2015, disokong oleh barisan mahal yang dipenuhi dengan import berprofil tinggi dari Brazil.
Selain itu, pemain berkelas dunia seperti Carlos Tevez, Axel Witsel, Oscar, Alexandre Pato, Hulk, Robinho, Anderson Talisca dan Paulinho semuanya menyertai kelab Liga China dengan bayaran perpindahan yang amat tinggi.
Sebagai simbol perbelanjaan, bulan lalu menyaksikan bekas pemain tengah Chelsea dan ahli skuad Piala Dunia 2014 Brazil, Oscar meninggalkan Shanghai Port FC untuk kembali ke Brazil, lapan tahun selepas menyertai perpindahan bernilai rekod CSL 60 juta euro pada 2016.