Sebut sahaja drama dan filem Dunia Baru, pasti ada daripada anda yang masih ingat akan babak-babak dalam drama atau filem tersebut bukan? Malah, mesti ada daripada anda yang masih ingat akan pelakon yang pernah membintangi naskah tersebut.
Terbaru, sebuah video memaparkan Wan Ellyas yang merupakan seorang pelakon tular di media sosial apabila dia rupanya kini bekerja sebagai seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan Malaysia.
Baca Juga:
- ‘Cubaan Jatuhkan Reputasi’ – Aniq Suhair Mahu Saman Individu Tuduh Dirinya Hamilkan Gadis
- Cik B Flex ‘Outfit’ Berjenama Mewah, Netizen Tergamam Harga Hampir Setengah Juta
- ‘Hanya Kerani Bukan Peguam’ – Fatiya Latiff Minta Maaf Dan Perjelaskan Salah Faham
@wahyuhee21 Multitasking terus yee bila partner kau retis ! Hahahhaaha
Menerusi video tersebut, pemilik video yang merupakan rakan sekerja Wan Ellyas mengatakan bahawa disebabkan popularitinya sebagai pelakon, ramai penumpang mahu bergambar dengannya apabila dia ‘on duty’.
Video itu telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen memanggilnya Tajol iaitu wataknya dalam drama dan filem Dunia Baru serta tidak sangka bahawa dia kini bekerja sebagai pramugara.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengimbau kembali babaknya sebagai Tajol dalam Dunia Baru dan mengatakan dia dari zaman belajar memang rajin bekerja.
Untuk rekod, Wan Ellyas memulakan kerjayanya menerusi drama Dunia Baru pada tahun 2006 dan hasil pemerhatian kami, dia turut berlakon dalam drama TV3, Sekali Lagi Cinta Kembali pada tahun lalu.