Kisah kematian tragis Randika Alzatria Syaputra, pemuda berusia 28 tahun asal Sumatera Selatan, sememangnya menarik perhatian warganet dan menyentuh hati ramai.

Memetik dari laman Kompas.com, informasi yang beredar di media sosial, ia diduga meninggal dunia akibat kelaparan dan jasadnya ditemukan di sebuah masjid di wilayah Cilacap, Jawa Tengah.

Pegawai Perhubungan Awam Polresta Cilacap, Ipda Galih Soecahyo, mengesahkan bahawa Randika ditemui meninggal dunia di Cilacap pada Jumaat (17/10/2025), namun beliau membetulkan maklumat bahawa mayat mangsa ditemui di teras sebuah rumah kosong yang berhampiran dengan Masjid Baitul Zuhdi di Sampang, bukannya di dalam masjid seperti yang digembar-gemburkan.

Kisah Dika (Randika) menjadi tular semula di media sosial selepas penemuan sepucuk surat berhampiran jenazahnya yang mengandungi identiti dirinya dan permohonan agar jenazahnya dihantar ke alamat keluarganya di Lubuklinggau dan Palembang.

Kandungan surat tersebut, yang mengandungi permintaan terakhir yang menyentuh hati, menjadi sebab utama kisah beliau kembali menjadi perhatian umum.

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, Randika telah menulis sepucuk surat yang mengandungi data peribadinya serta permohonan agar jenazahnya dihantar kepada keluarganya. Surat yang menyentuh hati itu dicatatkan dengan tajuk “BROKEN HOME”.

Alamat yang diminta oleh Randika bagi tujuan pengantaran jenazahnya adalah alamat datuk dan neneknya di Palembang. Selain itu, mangsa turut menyenaraikan beberapa nama keluarga inti yang lain dalam suratnya, seperti Saudara Papa dan beberapa nama lagi.

Dalam pada itu, netizen turut berpendapat dia telah meninggal dunia ekoran kelaparan yang berpanjangan.

Bagaimanapun, kisah ini menyentuh hati ramai lagi apabila Dika pernah tular sebelum ini kerana tindakannya yang mengejutkan, iaitu sengaja datang ke Balai Polis (Mapolres) Lubuklinggau pada Rabu (15/11/2023) dan memohon untuk dipenjarakan dengan membuat pengakuan palsu bahawa dia pernah mencuri motosikal Honda BeAT pada tahun 2019.

@

♬ –

Dia berbuat sedemikian kerana berharap boleh mendapatkan makanan seharian berbanding di dunia luar yang tidak terduga bila boleh dinikmatinya.