Sukan E-sukan di Sukan SEA Thailand digegarkan dengan satu kontroversi besar di temasya SEA Games ke-33 apabila atlet kebangsaan mereka, Naphat Warasin atau lebih dikenali sebagai Tokyogurl, disingkirkan daripada pertandingan selepas didapati menggunakan perisian dan perkakasan pihak ketiga yang tidak dibenarkan.
Insiden itu melibatkan acara Arena of Valor (RoV) kategori wanita, sekali gus mencetuskan persoalan besar terhadap integriti pertandingan E-sukan di peringkat serantau.
Menurut laporan, Tokyogurl didapati melanggar peraturan pertandingan dengan menggunakan perisian serta perkakasan yang tidak mendapat kelulusan penganjur.
Netizen turut mendakwa Tokyogurl selalu menutup skrin telefonnya setiap kali kamera menghala ke arahnya. Rupa rupanya dia tidak mahu orang melihat dia sedang menipu.
@mgronline ดูกันชัดๆ จับพิรุธ tokyogurl เมื่อ “โค้ชป้อม” จักรพล ป้อมปราณี เข้ามาคุยกับนักกีฬาในทีม คนอื่นปกติ แต่ tokyogurl ผิดแปลกมีพิรุธอยู่คนเดียว รีบเอามือมาบังมือถือ ไม่อยากให้ใครเห็นหน้าจอ
Hasil siasatan membawa kepada keputusan tegas untuk mengeluarkannya daripada temasya tersebut, satu tindakan yang jarang berlaku dan memberi tamparan hebat kepada kem Thailand selaku tuan rumah dan pasukan pilihan.
Kontroversi ini tidak terhenti di situ. Presiden Persatuan Esukan Thailand merangkap Pengerusi Persekutuan E-sukan Elektronik Asia (AESF), Santi Lothong, mengumumkan bahawa Thailand mengambil keputusan untuk menarik diri sepenuhnya daripada acara RoV wanita SEA Games kali ini.
Pengumuman tersebut dibuat menerusi satu siaran langsung di Facebook, di mana Santi menegaskan bahawa sebagai negara penganjur, Thailand tidak boleh berkompromi dengan isu melibatkan integriti dan keadilan pertandingan.
Beliau menyifatkan keputusan menarik diri itu sebagai langkah bertanggungjawab walaupun pahit untuk diterima.
Langkah drastik ini sekaligus menamatkan cabaran pasukan RoV wanita Thailand di SEA Games, dan membuka perbincangan lebih luas tentang tahap pemantauan, penguatkuasaan peraturan serta profesionalisme dalam arena E-sukan yang semakin berkembang pesat.
Isu ini dijangka menjadi pengajaran besar bukan sahaja kepada atlet dan pasukan, tetapi juga kepada badan penganjur serta negara-negara peserta lain agar kawalan lebih ketat dapat dilaksanakan bagi menjaga kredibiliti esukan di pentas antarabangsa.