Salah satu aktiviti luar yang sering dilakukan oleh orang ramai pada ketika ini adalah camping. Jadi, stesen kuasa mudah alih atau power station menjadi solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah sumber elektrik yang terhad sewaktu berkhemah.

Terdapat pelbagai power station kompak yang tersedia di pasaran hari ini. Antara power station yang menjadi pilihan ramai sudah semestinya EcoFlow River 2 Pro. Model ini merupakan varian paling berkuasa di dalam siri terbaharu ini.

Baca Juga:

Boleh ikuti ulasan di bawah untuk ketahui lebih lanjut berkenaan EcoFlow River 2 Pro dalam kegunaan seharian.

Kecil tetapi cukup berkuasa

Sumber Gambar: The Vocket

EcoFlow River 2 Pro merupakan sebuah power station bersaiz kecil dan berkuasa yang mana bakal memastikan segala keperluan penggunaan elektrik menjadi mudah walau di mana jua.

Kapasiti bateri yang mencukupi kerana menyokong kuasa besar sehingga 800W. Dengan bateri sebesar 768Wh (240,000 mAh) dicampur dengan kekuatan output sehingga 800W, River 2 Pro cukup untuk menampung kegunaan seharian yang cukup ekstrem.

Malah bateri LifePo4 yang digunakan bukan sahaja tahan lama bahkan lebih dipercayai dan lebih selamat dari bateri Li-Ion biasa. Jika anda memerlukan kuasa tambahan, boleh aktifkan fungsi X-Boost dan ia mampu menampung kuasa 1800W untuk jangka masa sekejap.

Reka bentuk yang mesra pengguna

Sumber Gambar: The Vocket

EcoFlow River 2 Pro didatangkan dengan reka bentuk yang kompak dalam masa yang  tampil kukuh menjadikan ia sebagai sebuah stesen kuasa mudah alih yang berkualiti.

Malah, terdapat tempat pemegang stesen yang berada di bahagian belakang juga dapat memudahkan anda membuat pemindahan dari satu tempat ke tempat yang lain.

Sumber Gambar: The Vocket

Di bahagian hadapan, terdapat skrin yang jelas dan memaparkan maklumat secara ringkas untuk kemudahan memantau apa yang sedang dilakukan oleh peranti ini.

Antara maklumat yang dipaparkan termasuklah status bateri, semua proses pengisian serta menunjukkan input dan output kuasa. Malah, proses pengendalian power station ini lebih mudah kerana hanya terdapat tiga butang pada stesen kuasa itu.

Kehadiran port kuasa yang serba lengkap

Sumber Gambar: The Vocket

River 2 Pro ini dilengkapi sejumlah jenis port yang membolehkan anda mengecas atau menguasakan tujuh peranti sekaligus. Ini termasuklah laptop, telefon pintar, barangan elektronik seperti TV dan banyak lagi.

Dengan pilihan yang banyak untuk mengecas (output) dan dicas (input), power station ini akan memudahkan urusan anda sekiranya ia memerlukan tenaga baru.

Sumber Gambar: The Vocket

Bukan itu sahaja, anda juga bakal menerima kabel pengisian AC, kabel pengisian kereta dan kabel sambungan untuk memudahkan sambungan kepada sumber kuasa.

Berbanding model sebelum ini, River 2 Pro sayangnya sudah tidak lagi disertakan dengan ciri wireless charging. Selain itu, anda juga perlu lebih-lebih berhati apabila mahu meletakkan stesen kuasa ini kerana port-port tidak disertakan bersama pelindung.

Aplikasi EcoFlow yang serba boleh

Sumber Gambar: The Vocket

Dengan aplikasi EcoFlow, ia membolehkan anda mengawal bekalan kuasa untuk semua port dan memaparkan kuasa keluar dan masuk. Di samping itu, anda juga boleh menghidupkan ciri X-Boost untuk pengecasan lebih berkuasa menerusi aplikasi sahaja.

Selain daripada paparan animasi menunjukkan berapa minit lagi perlu dicaj, apliksi EcoFlow turut membenarkan anda membuat tetapan status pengecasan dan pengecasan semula mengikut kehendak masing-masing.

Konklusi

Sumber Gambar: The Vocket

Secara keseluruhannya, kami sangat berpuas hati dengan penawaran yang diberikan oleh EcoFlow River 2 Pro yang mana tampak kompak dan lebih versatil bagi pelbagai senario. Walaupun ditawarkan dengan harga yang lebih tinggi berbanding jenama lain di pasaran, River 2 Pro dilihat sangat berbaloi kerana sudah dipercayai kualitinya dan dijamin keselamatan untuk penggunaan.

Kini anda boleh dapatkan EcoFlow River 2 Pro di Shopee dan Lazada pada harga RM2,999. EcoFlow River 2 Pro bakal menjanjikan setiap peranti atau barangan elektronik boleh dikuasakan walau di mana jua tanpa sebarang masalah.