Pengurus kepada Real XPDC, Eddy Badry telah mengancam untuk ambil tindakan saman ke atas pengurus XPDC Kita Peng Yu.
Ini berikutan Eddy Badry kecewa dengan kenyataan yang dikeluarkan Yazid dalam Harian Metro. Di mana menurut Yazid hanya ada dua kumpulan sahaja berhak menggunakan nama XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia.
Dipetik dari Harian Metro, Yazid berkata: “Hanya ada dua kumpulan layak menggunakan nama XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia dengan kebenaran syarikat rakaman Life Records.
“Kumpulan-kumpulan lain selain daripada dua nama ini, yang tiada berkaitan langsung sebenarnya tidak layak menggunakan perkataan XPDC sebagai nama mereka.”
Pengurus kumpulan rock itu, Yazid membuat kenyataan tegas itu kerana kini XPDC ternyata ada 3 kumpulan yang menggunakan nama XPDC. Selain XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia, ada juga Real XPDC.
#rap "Hanya ada dua kumpulan layak menggunakan nama XPDC iaitu XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia dengan kebenaran syarikat rakaman Life Records.https://t.co/mVl5L8JIHo
— Harian Metro (@hmetromy) February 17, 2024
Fenomena tidak diingini itu dianggap Yazid sebagai mengelirukan peminat. Lebih mengecewakan Yazid, penganjur konsert atau acara persembahan, seolah olah sewenang wenang mengundang Real XPDC mengadakan persembahan dan membawa lagu lagu XPDC.
“Mereka adalah band XPDC palsu dan lanyak show semacam je,” tambah Yazid lagi.
Yazid menyatakan bahawa dalam Real XPDC sekarang tiada pun anggota asal XPDC. Dan mereka menggunakan logo yang digunakan arwah Mael ketika beliau bersama syarikat rakaman lain dengan kontrak selama 2 tahun. Di mana Mael dan seorang lagi rakan lama mereka Azmey membuat projek Real XPDC.
Namun pengurusan Real XPDC hari ini dianggap tiada kaitan dengan Real XPDC yang dahulu.
Sambil Yazid menyatakan bahawa dia sudah sudah membuat laporan kepada Life Record dan menunggu tindakan daripada syarikat tersebut selepeas berbincang dengan peguam.
Yazid mengambil tindakan tegas dengan meminta kru beliau untuk menurunkan poster showcase Real XPDC esok. Dan menyatakan penganjur harus meminta kebenaran daripada mereka dahulu sebelum menggunakan nama XPDC. Kerana XPDC milik Life Recocrds.
Kenyataan itu membuatkan pengurus Real XPDC, Eddy Badry yang sebelum ini mendakwa bahawa dia adalah pengasas sebenar XPDC telah mengancam tindakan saman ke atas Yazid.
Ini kerana dia menuduh Yazid dan XPDC Kita Peng Yu sebagai mengganggu pergerak Real XPDC dan mengugut penganjur agar tidak menjemput Real XPDC.
Eddy Badry berkata: “Saya akan memulakan saman kepada Yazid dan XPDC KPY sekiranya mereka terus mengganggu pergerakan Real XPDC.
“Semua bukti mengenai gangguan dan ugutan mereka kepada penganjur sedang dikumpulkan untuk tindakan lanjut.”