Pemain drum XPDC Militia, Lola menyatakan bahawa mana mana pihak yang mahu menggunakan nama XPDC seharusnya minta izin atau kebenaran daripada syarikat rakaman yang berhak.

Sebelum ini timbul kontroversi apabila Real XPDC terus berkeras mahu menggunakan nama tersebut. Lebih lebih lagi pengasas Real XPDC, Eddy Badry menyatakan bahawa dia berhak sepenuhnya ke atas nama XPDC kerana dia turut mengasaskan kumpulan itu dahulu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Beberapa minggu lalu pengurus XPDC Militia, Yazid sudah memberikan amaran kepada Real XPDC agar tidak menggunakan nama itu lagi. Dan meminta penganjur acara persembahan agar tidak menjemput band ‘XDPC palsu’ tersebut.

Yazid berkata Life Records hanya memberikan kebenaran kepada XPDC Kita Peng Yu dan XPDC Militia menggunakan nama tersebut, atas dasar di mana dua kumpulan tersebut ada anggota asal XPDC ataupun ahli XPDC sebelum ini.

Sebaliknya Real XPDC langsung tiada bekas ahli XPDC di dalamnya.

Tidak lama kemudian rockers legenda, Awie turut membidas Real XPDC yang menurut Awie seperti menjahanamkan periuk nasi orang lain.

Awie: “Kau Tu Haji, Tetapi Pergi Menjahanamkan Periuk Nasi Orang Untuk Apa?”

Eddy Badry masih berkeras menyatakan bahawa dia ada segala bukti bahawa dia pengasas XPDC.

Kini giliran pemain drum XPDC Militia pula bersuara. Bercakap kepada Oh Bulan, Lola menegaskan bahawa Real XPDC harus minta kebenaran dahulu.

Dan secara peribadi Lola merasakan Eddy Badry tidak patut memakai nama XPDC pada band yang dia uruskan.

Lola berkata kepada portal Oh Bulan: “Sebenarnya kami tak mahu jawab dan tak mahu campur pun mengenai isu tersebut. Kita juga sama sekali tak tahu pun pasal kewujudan band tersebut.

“Tetapi, kalau betul nak gunakan nama ‘XPDC’, mereka perlulah minta izin dengan syarikat rakaman terlebih dahulu.

“Dan kalau tanya pendapat jujur saya, tak perlulah mereka nak pakai nama ‘XPDC’ dan tubuhkan saja ‘band tribute’ atau ‘impersonator band’.

Lola memberikan contoh, The Iron Maidens yang merupakan band tribute kepada Iron Maiden namun mereka telah meminta izin terlebih dahulu.

Pemain bes XPDC Militia, Eddie pula yakin peminat sendiri tahu mana satu XPDC sebenar atau XPDC yang palsu.

Sebelum ini Ali juga pernah bersuara bahawa apa yang dilakukan Real XPDC itu sebagai kurang manis.